KUALA LUMPUR – Malaysia Airlines membatalkan beberapa penerbangan melibatkan laluan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA)-Sabah-Sarawak hari ini susulan letusan gunung berapi Ruang di Indonesia.
Menurut Malaysia Airlines, laluan penerbangan yang terlibat adalah:
Ke/dari Sabah
· MH7420 (Kuala Lumpur-Tawau)
· MH7421 (Tawau-Kuala Lumpur)
· MH2612 (Kuala Lumpur—Kota Kinabalu)
· MH2621 (Kota Kinabalu-Kuala Lumpur)
· MH2710 (Kuala Lumpur-Sandakan)
· MH2711 (Sandakan-Kuala Lumpur)
· MH2610 (Kuala Lumpur-Kota Kinabalu)
· MH2611 (Kota Kinabalu-Kuala Lumpur)
· MH7404 (Kuala Lumpur-Kota Kinabalu)
· MH7405 (Kota Kinabalu-Kuala Lumpur)
· MH2613 (Kota Kinabalu-Kuala Lumpur)
Ke/dari Sarawak
· MH2520 (Kuala Lumpur-Kuching)
· MH2513 (Kuching-Kuala Lumpur)
· MH2542 (Kuala Lumpur-Kuching)
· MH2543 (Kuching-Kuala Lumpur)
· MH2574 (Kuala Lumpur-Miri)
· MH2575 (Miri-Kuala Lumpur)
· MH2742 (Kuala Lumpur-Bintulu)
· MH2473 (Bintulu-Kuala Lumpur)
“Malaysia Airlines akan terus memantau perkembangan semasa situasi berkenaan (letusan gunung berapi),” katanya dalam kenyataan.
Menurut Malaysia Airlines, kemas kini lanjut mengenai pembatalan penerbangan akan dimaklumkan terus kepada pelanggan yang terjejas atau melalui media sosial.
“Pada masa sama, kami sedang berusaha untuk menguruskan penumpang yang terjejas akibat pembatalan penerbangan itu sebaik sahaja situasi bertambah baik.
“Penumpang perlu mengemas kini butiran melalui My Booking di laman web Malaysia Airlines untuk makluman semasa melalui e-mel dan khidmat pesanan ringkas (SMS). Keselamatan penumpang dan anak kapal amat penting kepada Malaysia Airlines,” katanya.
sampai saat ini pukul 21.57 WIB atau 22.57 WITA 17/04/2024 erupsi gunung api RUANG sulawesi utara Indonesia masih berlangsung. cc: @johnseach @fathialz @simoncarn pic.twitter.com/k73ojECJiq
— INFOMITIGASI (@infomitigasi) April 17, 2024
Sementara itu, AirAsia turut memaklumkan mengenai beberapa penerbangan yang terkesan ekoran letusan gunung berapi tersebut.
AirAsia telah memaklumkan semua pelanggan yang terjejas dan digalakkan menyemak e-mel atau telefon bimbit untuk pemberitahuan pembatalan.
Senarai penerbangan yang terjejas adalah:
· AK5746 (Kuala Lumpur-Tawau)
· AK5747 (Tawau-Kuala Lumpur)
· AK9746 (Kuala Lumpur-Tawau)
· AK9747 (Tawau-Kuala Lumpur)
· AK5748 (Kuala Lumpur-Tawau)
· AK5749 (Tawau-Kuala Lumpur)
· AK5744 (Kuala Lumpur-Tawau)
· AK5745 (Tawau-Kuala Lumpur)
· AK6260 (Kota Kinabalu-Tawau)
· AK6261 (Tawau-Kota Kinabalu)
· AK6266 (Kota Kinabalu-Tawau)
· AK6267 (Tawau-Kota Kinabalu)
· AK6268 (Kota Kinabalu-Tawau)
· AK6269 (Tawau-Kota Kinabalu)
· AK6264 (Kota Kinabalu-Tawau)
· AK6265 (Tawau-Kota Kinabalu)
“Pelanggan yang ingin membuat perubahan tempahan dalam talian boleh berbuat demikian di airasia.com atau AirAsia MOVE.
“AirAsia akan terus memantau perkembangan semasa dan memberikan maklumat kepada pelanggan dari semasa ke semasa,” katanya.
Pihak berkuasa Indonesia mengeluarkan ancaman tsunami selepas gunung berapi Ruang di wilayah Sulawesi Utara meletus dan menghamburkan abu setinggi lebih satu kilometer ke udara, malam kelmarin.
Menurut Agensi Vulkanologi Indonesia, gunung berapi Ruang meletus buat kali pertama pukul 9.45 malam (waktu tempatan) kelmarin disusuli empat letusan lain semalam. – 18 April, 2024