Penjawat awam terima ‘upah’ RM800 secara bulanan ditahan SPRM

Ia sebagai balasan tidak mengambil tindakan terhadap kesalahan yang dilakukan oleh bot-bot penangkapan ikan milik sebuah syarikat berkaitan hasil laut

9:04 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Terima ‘upah’ berbentuk wang rasuah berjumlah RM800 secara bulanan.

Demikian dilakukan seorang penjawat awam di Perlis selepas taktiknya sejak 2022 itu dikesan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang bertindak menahannya petang semalam.

Sumber memberitahu, suspek dipercayai menerima wang rasuah secara bulanan itu membabitkan enam transaksi melalui pindahan akaun orang tengah.

“SPRM Perlis telah menahan seorang penjawat awam kerana disyaki meminta dan menerima rasuah sebanyak RM4,800 sebagai balasan tidak mengambil tindakan terhadap kesalahan yang dilakukan oleh bot-bot penangkapan ikan milik sebuah syarikat berkaitan hasil laut,” katanya hari ini.

Menurut sumber, suspek lelaki berusia lingkungan antara 40-an ditahan kira-kira jam 2.45 petang di pejabat SPRM Perlis ketika diminta hadir memberi keterangan.

Katanya, siasatan awal mendapati suspek disyaki terlibat dengan perbuatan itu sekitar tahun 2022.

Sementara itu Pengarah SPRM Perlis, Mohd Nor Adha Ab Gani ketika dihubungi mengesahkan tangkapan tersebut dan berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009.

Beliau berkata, suspek akan dibawa untuk permohonan reman di Mahkamah Majistret Kangar hari ini. – 18 April, 2024

Topics

 

Hangat

FashionValet a loss-making entity before and after Khazanah, PNB’s RM47 mil investment

GLICs bought stakes in 2018, company records show total RM103.3 million losses after tax from 2017 to 2022

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

Dublin-based M’sian child psychiatrist who groomed, sexually abused teen jailed for 8.5 years

Amirul Arif Mohd Yunos pleads guilty to six charges of sexual crimes against minor, banned from practising the field in Ireland from now on

Related