Kerajaan Perpaduan sepakat pertahan pendekatan ‘politik kesederhanaan’

Dengan pendekatan kesederhaan bagi menjamin kestabilan, kerajaan akan dapat memberikan tumpuan terhadap dasar yang boleh mensejahterakan rakyat

9:08 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Semua parti dalam Kerajaan Perpaduan sepakat akan terus mempertahankan orientasi dan pendekatan ‘politik kesederhanaan’.

Ketua Sekretariat Kerajaan Perpaduan, Datuk Asyraf Wajdi Dusuki berkata, pendekatan itu sebagai asas kesejahteraan dan keharmonian masyarakat berbilang agama dan kaum di negara ini.

“Dengan pendekatan kesederhaan bagi menjamin kestabilan, kerajaan akan dapat memberikan tumpuan terhadap dasar yang boleh mensejahterakan rakyat.

“Ini terutamanya bagi menangani kos sara hidup, menjamin peluang pekerjaan yang berkualiti kepada rakyat dan memastikan kestabilan ekonomi negara,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Kenyataan itu dikeluarkan hasil Mesyuarat Majlis Perundingan Pimpinan Kerajaan Perpaduan yang dihadirinya di Seri Perdana Putrajaya, petang tadi.

Mengulas lanjut, beliau berkata, Mesyuarat Perundingan Pimpinan Kerajaan Perpaduan memandang serius tindakan sesetengah pihak yang memainkan sentimen rakyat sehingga meningkatkan suhu perkauman dan keagamaan yang mampu mengancam keharmonian negara.

“Majlis Perundingan Pimpinan Kerajaan Perpaduan sepakat agar kerajaan bertindak tegas menurut lunas perundangan dan tidak berkompromi dengan sebarang tindakan melampau yang boleh menjejaskan kestabilan negara ini,” katanya.

Katanya lagi, mesyuarat itu turut membincangkan persiapan bagi menghadapi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Bharu.

“Mesyuarat bersetuju untuk menyerahkan kepada kepimpinan tertinggi bagi menamakan calon yang akan mewakili parti Kerajaan Perpaduan.

“Penyelarasan dan penyeragaman gerak kerja jentera PRK, parti Kerajaan Perpaduan akan dipengerusikan bersama oleh Datuk Seri Zambry Abdul Kadir dan Steven Sim,” katanya. – 17 April, 2024

Topics

 

Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

FashionValet a loss-making entity before and after Khazanah, PNB’s RM47 mil investment

GLICs bought stakes in 2018, company records show total RM103.3 million losses after tax from 2017 to 2022

How is a ham sandwich ‘halal’? Akmal Saleh slams KK Mart outlet on UM campus

Umno Youth Chief says university students have lodged police reports over sandwich bearing halal stamp

Related