Suspek lepaskan tembakan di KLIA ditahan reman selama tujuh hari

Perintah reman dikeluarkan Mahkamah Majistret Kota Bharu Kelantan untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 8 Akta Senjata Api 1971

10:08 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Suspek yang melepaskan tembakan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1, awal pagi kelmarin ditahan reman selama tujuh hari.

Tahanan reman ke atas Hafizul Harawi, 38, dikeluarkan Mahkamah Majistret di sini bermula hari ini untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 8 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971.

Perintah tahanan reman dikeluarkan oleh Majistret Rais Imran Hamid.

Terdahulu Hafizul tiba di Kompleks Mahkamah Kota Bharu, Kelantan pada jam 8.30 pagi dengan dikawal ketat polis.

Suspek ditahan di hadapan sebuah hospital swasta oleh Jabatan Siasatan Jenayah Khas (D9) Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Kontinjen Kelantan pada jam 3 petang semalam.

Penahanan suspek disahkan Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain.

Terdahulu Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan memberitahu, polis telah mengambil keterangan 11 saksi termasuk mangsa yang kena tembak dan terkena mercun, pengawal keselamatan serta doktor bagi membantu siasatan insiden tembakan itu.

Menurut beliau, beberapa lagi saksi akan dipanggil termasuk ahli keluarga suspek dan beberapa yang lain dalam masa terdekat.

Scoop sebelum ini melaporkan, seorang pengawal peribadi parah selepas terkena tembakan dilepaskan suspek terbabit.

Berdasarkan siasatan, suspek sebenarnya ingin menembak isterinya yang dikenali sebagai Ustazah Farah Cie yang sedang menunggu kepulangan jemaah umrah di KLIA, sebelum peluru dilepaskannya tersasar dan terkena pengawal peribadi terbabit.

Menurutnya, suspek melepaskan tembakan sebanyak dua kali sebelum satu daripada peluru itu terkena seorang pengawal peribadi. – 16 April, 2024

Topics

 

Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

‘Very hurtful’: Chief justice exposes legal failures driven by distorted Islamic views

Tun Tengku Maimun Tuan Mat laments misinterpretations of faith that distort justice in high-profile rulings, cites Indira Gandhi and Nik Elin Zurina cases

The ‘powerful’ fallacy of MCMC – Wong Chun Wai

New regulations are needed to police rampant crimes committed on social media platforms used by millions of Malaysians

Related