Anak bongsu pasangan suami isteri maut kemalangan di Gerik pula meninggal dunia

Kematian itu menjadikan jumlah mangsa yang maut dalam kemalangan terbabit sebanyak empat orang setakat ini

11:45 PM MYT

 

IPOH — Anak kepada suami isteri yang maut kemalangan membabitkan dua kenderaan di Kilometer 51.3, Jalan Raya Timur – Barat (JRTB) Gerik – Jeli, dekat Gerik pada 7 April lepas, meninggal dunia awal pagi semalam.

Anak bongsu kepada pesara tentera Kamizan Kasimon, 42, dan isterinya Noor Asmah Mat Zainal, 38, yang dilaporkan maut di tempat kejadian itu, meninggal dunia ketika dirawat di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) Ipoh.

Ketua Polis Daerah Gerik Supt Zulkifli Mahmood ketika dihubungi Bernama mengesahkan perkara itu.

“Mangsa berusia tiga tahun disahkan meninggal dunia di HRPB,” katanya.

Kematian itu menjadikan jumlah mangsa yang maut dalam kemalangan terbabit sebanyak empat orang setakat ini, termasuk seorang lagi mangsa yang merupakan pemandu kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Toyota Innova berusia 54 tahun, meninggal dunia kira-kira 11.20 malam pada hari kejadian di Hospital Taiping.

Dalam kejadian kira-kira 12.20 tengah hari itu, sepasang suami isteri maut selepas kereta Proton Persona dinaiki mereka hilang kawalan lalu terbabas ke laluan bertentangan sebelum bertembung dengan kenderaan MPV berkenaan.

Anak lelaki dan perempuan pasangan itu masing-masing berusia 10 dan tiga tahun dilaporkan mengalami kecederaan di bahagian badan, manakala lima lagi mangsa yang menaiki Toyota Innova juga cedera dan menerima rawatan di hospital. – 14 April, 2024

Topics

 

Hangat

Summoned five times: Nazri Aziz on facing US State Dept on Palestine, global issues

Former envoy shares how he used facts and United Nations’ principles to defend Malaysia’s independence

How will M’sia recoup US$248 mil from Riza Aziz after 1MDB suit withdrawal?: Guan Eng

Putrajaya, which entered a deal with Datuk Seri Najib Razak’s stepson as part of a global settlement on 1MDB asset recovery, must explain the public interest matter

A modern mufti: Anwar Ibrahim’s vision of Islamic leadership – Tuan Muda 

The prime minister needs the right candidate to journey with him on his reform agenda 

Related