Cuaca panas: KKM rekod 45 kes penyakit berkaitan haba setakat semalam

Secara kumulatif, dua kes kematian akibat strok haba telah dilaporkan dan empat kes masih mendapat rawatan di hospital. Kes-kes lain telah sembuh dan didiscaj

9:49 PM MYT

 

PUTRAJAYA — Sebanyak 45 kes penyakit berkaitan haba dilaporkan di seluruh negara setakat semalam melibatkan 33 kes kelesuan haba, 11 kes strok haba dan satu kes kejang haba.

Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Muhammad Radzi Abu Hassan berkata lapan kes masing-masing dilaporkan di Perak dan Kedah, manakala enam di Selangor.

Beliau berkata lima kes masing-masing pula dicatatkan di Johor, Negeri Sembilan dan Pahang, empat kes direkodkan di Sabah, dua kes di Perlis dan masing-masing satu kes di Pulau Pinang dan Kelantan.

“Secara kumulatif, dua kes kematian akibat strok haba telah dilaporkan. Kes kematian pertama ialah seorang lelaki berumur 22 tahun dan kes kematian kedua melibatkan seorang kanak-kanak lelaki berumur tiga tahun di Kelantan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Dr Muhammad Radzi berkata pada masa ini, terdapat empat kes yang masih mendapat rawatan di hospital iaitu satu kes strok haba yang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan tiga kes dirawat di wad biasa yang terdiri daripada dua kes strok haba dan satu kes kelesuan haba.

“Kes-kes lain telah sembuh dan didiscaj. Kes yang dirawat di ICU melibatkan seorang lelaki berumur 24 tahun di Negeri Sembilan telah dimasukkan ke ICU Hospital Port Dickson semenjak 10 Mac lepas dan telah dipindahkan ke ICU Hospital Tuanku Jaafar, Seremban pada 5 April,” katanya.

Sehubungan dengan itu, Dr Muhammad Radzi berkata Kementerian Kesihatan (KKM) menasihatkan agar semua pihak meneruskan langkah berjaga-jaga dengan memastikan tahap hidrasi yang mencukupi dan mengurangkan aktiviti fizikal lasak, serta aktiviti-aktiviti di luar rumah pada musim cuaca panas sekarang.

Beliau meminta orang awam agar mengelakkan diri daripada terdedah kepada cuaca panas, banyakkan berteduh dan berehat lebih kerap semasa cuaca panas, memilih untuk melakukan ziarah pada waktu kurang panas atau waktu malam terutama ketika mengunjungi sanak saudara dan rakan taulan semasa perayaan.

KKM menjalankan pemantauan penyakit berkaitan cuaca panas susulan amaran dikeluarkan Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) semalam bahawa kawasan yang berada pada Tahap Amaran 1 iaitu berjaga-jaga dengan suhu maksimum harian 35°C hingga 37°C sekurang-kurangnya tiga hari berturut-turut adalah di seluruh Perlis; Kedah melibatkan Pulau Langkawi, Kubang Pasu, Kota Setar, Pendang, Yan, Kuala Muda, Kulim, Bandar Baharu, Baling, Padang Terap, Sik; dan Timur Laut di Pulau Pinang.

Turut terjejas ialah Perak merangkumi Hulu Perak, Kuala Kangsar dan Kinta; Gua Musang di Kelantan; Raub di Pahang; Limbang di Sarawak; serta Sabah membabitkan Tenom, Beaufort dan Tuaran.

Satu kawasan direkodkan berada pada Tahap Amaran 2 iaitu gelombang haba dengan suhu maksimum harian melebihi 37°C hingga 40°C sekurang-kurangnya tiga hari berturut-turut iaitu Pokok Sena di Kedah.

Pada masa yang sama, METMalaysia juga menjangkakan cuaca kering dan panas dengan suhu melebihi 35°C masih berlaku di kebanyakan tempat di Semenanjung dan Sabah hingga pertengahan April 2024. – 14 April, 2024

Topics

 

Hangat

MCMC recorded nearly 9,500 reports on cyberbullying in the last three years

Online scams are just behind with 9,321 complaints; 143 reports on child sexual content

Ex-national basketball player arrested for alleged sexual harassment against students

Cheras top cop confirms source's claims, says 36-year-old suspect also has multiple simillar reports lodged against him before; source questions why MoE allowed him to teach

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Related