Allahuakbar habis kereta bang: Sekeluarga cemas kereta dirempuh gajah

Perkongsian video mengenai kejadian itu yang tular di media sosial menarik perhatian netizen, dengan rata-rata bersyukur keluarga berkenaan terselamat

8:00 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Sebuah keluarga berdepan detik cemas apabila kenderaan dinaiki mereka ‘diserang’ dan dirempuh seekor gajah di Lebuhraya Timur Barat Gerik–Jeli.

Menerusi video berdurasi 50 saat dimuat naik pengguna TikTok, @jadthechampion, kejadian itu berlaku ketika kenderaan terbabit sedang berhenti di laluan berkenaan.

@jadthechampion Syukur semua selamat Jeli-Gerik #fyp #fypシ ♬ original sound – Abdul Jad Ayub

Terdahulu, gajah itu menghampiri kenderaan di hadapan kereka terbabit namun tidak melanggarnya.

Haiwan itu kemudian bergerak menghampiri kereta mangsa dan melanggar pintu belakang bahagian penumpang, sehingga mengakibatkan ia kemek.

Kedengaran kemudian suara seorang wanita dipercayai ibu kepada beberapa kanak-kanak di dalam kenderaan itu, memarahi mereka kerana bergerak yang dipercayai menjadi punca haiwan terbabit bertindak melanggar kereta berkenaan.

“Jangan gerak tau, jangan gerak, astagfirullahalazim, diam jangan bergerak, jangan bergerak…,” kata wanita terbabit kepada anak-anaknya ketika gajah itu menghampiri kenderaan mereka.

Namun, kanak-kanak itu yang dilihat teruja, bersuara dan bergerak menyebabkan gajah terbabit yang melalui tepi kenderaan mereka terus merempuh bahagian kiri.

“Allahuakbar habis kereta bang, sebab korang gerak dalam kereta,” kata wanita itu kepada anak-anaknya.

Menerusi ruangan komen, rata-rata pengguna turut mengatakan sekiranya menemui gajah, seseorang individu yang berada dalam kenderaan tidak boleh bersuara dan bergerak sehingga menarik perhatian haiwan itu yang amat sensitif kepada bunyi serta pergerakan, terutama ketika jalan sesak.

“Lampu, hon, gerak, bunyi tak boleh, telinga capang tu (dengar),” kata seorang pengguna.

“Kena diam depa sensitif,” tulis Ruzie.

“Pernah kena situasi macam ni baca doa Nabi Sulaiman, tapi tak ada buat bising atau bercakap dalam kereta, sebab telinga gajah ni sangat-sangat peka, ia dapat rasa getaran takut tu, insya-allah yang penting semua selamat,” komen Pinky.

“Memang kalau boleh duduk diam-diam jangan sampai gajah tu rasa terancam. Tapi budak-budak biasalah dia tak faham dan excited (teruja) tengok benda (gajah) tu. Apa pun alhamdulillah, family (keluarga) semua selamat,” kata @NAN.

“Cara yang betul bila terserempak dengan gajah, jangan bergerak, statikkan kedudukan kereta lepas itu silent (diam) sehabis mungkin. Kalau dapat matikan enjin, buat untuk seketika. Gajah sangat sensitive (sensitif) dengan bunyi..,” ujar @adamz_lanz.

Ada pengguna media sosial meluahkan kebimbangan untuk melalui jalan itu, tambahan ada individu mendakwa kawasan berkenaan memang sering ‘dikunjungi’ gajah.

“Sepanjang kami balik menggunakan laluan itu, tidak pernah terserempak (gajah) lagi. Tapi dalam hati risau sambil berdoa tanpa henti,” kata @AidaAura.

“Elakkan lalu area (kawasan itu masa awal pagi, petang dekat Maghrib atau malam, selalu lalu kerap juga nampak, tapi ia sedang main di tepi-tepi (jalan) lah,” menurut seorang individu.

“Tip untuk anak perantau yang nak lalu Jalan Jeli-Gerik kalau jumpa time (waktu) malam, jangan pasang lampu tinggi dan jangan hon kalau siang, jangan bising dalam kereta, bawa slow-slow,” kata pengguna lain.

Sementara itu, ada netizen bertanya sama ada pemilik kereta boleh menuntut insuran kenderaan untuk membaiki kerosakan berpunca daripada haiwan terbabit.

“Insurans ada cover ke tak ya kalau jadi begini, sekadar ingin bertanya?” soal SurveyorBetta.

“Biasanya tak cover untuk kereta,” jawab seorang individu.

“Boleh cuba tuntut dengan Perhilitan,” kata NOOR7876. – 14 April, 2024

Topics

 

Hangat

Dublin-based M’sian child psychiatrist who groomed, sexually abused teen jailed for 8.5 years

Amirul Arif Mohd Yunos pleads guilty to six charges of sexual crimes against minor, banned from practising the field in Ireland from now on

Regulating social media to protect children is a multi-agency effort, groups tell MCMC

Children’s issues cover many facets thus their digital rights and freedom of expression must not be restricted in the process of licensing platforms  

Book vouchers for students: MoE, MoHE unaligned on distribution method?

Fadhlina Sidek, in a ministry statement, says those eligible can claim through its Delima app via Kota Buku Digital feature, but Datuk Seri Zambry Abdul Kadir says mechanism will be disclosed later

Related