Wanita berang ditegur bawa anjing peliharaan masuk premis gajet popular

Wanita itu turut mempersoalkan tindakan kakitangan di premis tersebut

3:00 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Seorang wanita seolah-olah tidak puas hati apabila ditegur kakitangan premis gajet popular dan terbesar di negara ini kerana membawa anjing peliharaannya masuk ke premis berkenaan.

Menerusi video yang tular di platform X, wanita itu turut mempersoalkan tindakan kakitangan di premis tersebut.

“Saya tidak mengganggu semua orang betulkan. Adakah terdapat peraturan umum untuk tidak membawa haiwan peliharaan (ke premis ini),” katanya.

Bagaimanapun, kedengaran suara seorang wanita dipercayai kakitangan di premis tersebut menegaskan sesiapa sahaja tidak dibenarkan membawa haiwan ke mana-mana premis di pusat beli-belah.

“Tiada haiwan peliharaan dibenarkan puan,” katanya.

Video berdurasi 41 saat yang tular pagi ini mendapat perhatian netizen dengan kebanyakan mereka mengecam sikap wanita terbabit yang tidak mengendahkan peraturan yang ditetapkan di pusat beli-belah.

“Typical minded (pemikiran sempit). Nama pun mall (pusat beli-belah). Sejak bila mall dibenarkan bawa haiwan,” kata @matmoto.

“Semua binatang peliharaan waima kucing pun tak dibenarkan. Dia ingat semua undang-undang, peraturan ikut tekak dia je,” kata @areil1560.

“Gayah ni sleeping beauty kot. Baru bangun tak tahu ‘no pet allowed 2024’,” kata @luqmanulhakimR.

“Lagi keras dunia ni, lagi keras dia persembahkan barua dia,” kata @Rusydiraz.

Untuk rekod, mana-mana pusat beli-belah di negara ini tidak membenarkan pengunjung untuk membawa haiwan peliharaan memasuki premis tersebut.

Situasi ini bukan perkara baharu kerana beberapa insiden sama pernah tular sebelum ini.

Pada 2020, seorang wanita turut dihalang memasuki sebuah pasar raya di Tebrau, Johor kerana membawa anjing peliharaannya ke dalam premis itu menggunakan troli.

Wanita itu kelihatan berang namun akur dengan arahan pihak pengurusan pasar raya terbabit untuk membawa keluar anjing tersebut dari premis berkenaan.

Pada 2015, seorang wanita yang membawa anjing peliharaannya ke dalam pasar raya di Plentong, Johor menggunakan troli yang tular di media sosial turut mengundang kemarahan orang ramai. – 14 April, 2024

Topics

 

Hangat

IS launched ‘official’ Malay media group with IED drone manual, firm warns

An international security think tank has warned of the Islamic State terrorist group's latest tactic to expand its influence in Malaysia.  

Duck and cover? FashionValet bought Vivy’s 30 Maple for RM95 mil in 2018

Purchase of Duck's holding company which appears to be owned wholly by Datin Vivy Yusof and husband Datuk Fadzarudin Shah Anuar was made same year GLICs invested RM47 mil

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Related