MAS ubah laluan penerbangan KL-London, elak ruang udara Iran

Ia bagi mengelak melalui ruang udara Iran di tengah-tengah kebimbangan serangan yang akan dilancarkan negara itu ke atas Israel dalam masa terdekat

11:09 PM MYT

 

KUALA LUMPUR — Malaysia Airlines (MAS) akan mengubah laluan penerbangan antara Kuala Lumpur dan London untuk mengelak ruang udara Iran berikutan ketegangan yang semakin memuncak di Air Barat.

“Kami mengubah haluan dan mengelak ruang udara Iran,” kata syarikat penerbangan nasional itu kepada Bernama.

MAS, Air India, Qantas Australia serta syarikat penerbangan Jerman, Lufthansa adalah antara syarikat penerbangan pertama yang mengubah laluan penerbangan buat sementara waktu kerana bimbang Iran akan menyerang Israel.

German Press Agency (dpa) melaporkan bahawa Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden berkata, pada Jumaat, beliau berasakan Iran akan melancarkan serangan terhadap Israel ‘lebih cepat daripada jangkaan’.

Biden bagaimanapun enggan menghuraikan perisikan rahsia Washington mengenai rancangan Tehran, lapor agensi itu.

Ancaman Iran terhadap Israel semakin meningkat berikutan serangan udara ke atas perkarangan kedutaan Iran di Syria pada 1 April lepas yang mengorbankan beberapa jeneral tentera.

Terdapat laporan bahawa Kor Pengawal Revolusi Islam Iran (IRGC) telah merampas sebuah kapal kontena yang berkaitan dengan Israel di kawasan teluk.

Bagi AirAsia, tiada satu pun laluan semasanya menggunakan ruang udara Iran. – 13 April, 2024

Topics

 

Hangat

FashionValet a loss-making entity before and after Khazanah, PNB’s RM47 mil investment

GLICs bought stakes in 2018, company records show total RM103.3 million losses after tax from 2017 to 2022

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

Dublin-based M’sian child psychiatrist who groomed, sexually abused teen jailed for 8.5 years

Amirul Arif Mohd Yunos pleads guilty to six charges of sexual crimes against minor, banned from practising the field in Ireland from now on

Related