Bukan alas kaki tapi sejadah mini: AEON BiG

Pihak pasar raya menyedari berkenaan kesalahfahaman berkaitan sejadah yang dilabel secara tidak tepat sebagai alas pintu

9:49 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – AEON BiG (M) Sdn Bhd memaklumkan dakwaan tular alas kaki bergambar Kaabah sebenarnya adalah sejadah mini.

Pihak terbabit dalam satu kenyataaan hari ini memaklumkan perkara itu disahkan pihak pembekal A&R Fashion Collection (A&R).

“A&R telah mengesahkan bahawa produk berkenaan sememangnya merupakan sejadah mini, di mana corakya adalah dalam format menegak yang merupakan amalan biasa.

“Walau bagaimanapun, selaras dengan amalan terbaik AEON BiG untuk pembekal PKS, A&R telah menggunakan kod barangan dalam sistem yang sebelum ini digunakan untuk produk-produk lain syarikat tersebut.

“Akibatnya, label yang digantung pada produk menunjukkan pelbagai deskripsi lantas terus menyebabkan kekeliruan.

“Perkara ini telah diperbetulkan serta-merta dalam sistem pengurusan barangan AEON BiG dan deskripsi barangan tersebut sebagai ‘Sejadah’ telah pun dicerminkan,” katanya.

Tambah kenyataan itu, pihak pasar raya menyedari berkenaan kesalahfahaman berkaitan sejadah yang dilabel secara tidak tepat sebagai alas pintu.

“Kami telah dimaklumkan mengenai isu ini pada 9 April lalu, dan telah memberikan kerjasama sepenuhnya dan kenyataan kepada Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ),” katanya.

Menurutnya, pembekal terlibat juga merupakan Perusahaan Kecil Sederhana (PKS) milik 100% Bumiputera/Islam yang membekalkan pakaian Muslimah patuh syariah seperti jubah solat, tudung, kurta, sampin, songkok, serta produk lain seperti sejadah, permaidani dan tikar.

“Mereka telah ditubuhkan pada 2007 dan telah menjadi pembekal kami sejak 2015. A&R juga merupakan pembekal kepada peruncit lain, serta mengendalikan kedai mereka sendiri,” katanya.

Selain itu, kedua- dua pihak pengurusan AEON BiG dan A&R berharap bahawa kenyataan bersama ini akan menjelaskan sebarang keraguan mengenai isu ini.

“Kami berharap agar spekulasi yang boleh menjejaskan keharmonian masyarakat kita yang berbilang kaum akan dihentikan,” katanya.

Hari ini, media melaporkan Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) tidak berdiam diri dengan isu penjualan alas kaki memaparkan gambar Kaabah di sebuah pasar raya terkenal di Batu Pahat, seperti tular di media sosial sehari sebelum Aidilfitri lalu.

Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam negeri, Mohd Fared Mohd Khalid berkata, tindakan sudah diambil pihak JAINJ sejurus menerima aduan awam, termasuk merampas 11 alas kaki itu pada Selasa lalu.

Susulan itu Ketua Pemuda Umno, Dr Muhamad Akmal Saleh menggesa umat Islam untuk bersatu tanpa mengira perbezaan ideologi politik ketika agama Islam terus dijadikan bahan penghinaan. – 13 April, 2024

Topics

Hangat

China’s rising 17-year-old badminton star, Zhang Zhijie, dead after collapsing on court

He was participating in the ongoing Asian Junior Badminton Championships in Indonesia

Local label Rizman Ruzaini to design Malaysia’s kit for Olympics opening ceremony?

Fashion house has dressed many high-profile figures, including squash icon Datuk Nicol David and top model Naomi Campbell

Poor driver vetting will steer public away from inDrive, says assault victim’s lawyer

Victim has criticised the company’s lack of transparency and slow response, is prepared to take legal action

Related