Lebih baik mati sahaja! Akmal tegur pihak tidak sedar Islam dihina

Akmal mengulas satu lagi tindakan menghina Islam, apabila sebuah pasar raya terkenal di Batu Pahat didapati menjual alas kaki tertera gambar Kaabah

3:25 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Ketua Pemuda Umno, Dr Muhamad Akmal Saleh menggesa umat Islam untuk bersatu tanpa mengira perbezaan ideologi politik ketika agama Islam terus dijadikan bahan penghinaan.

Belia berkata demikian menerusi hantaran di Facebook hari ini sebagai mengulas satu lagi tindakan menghina Islam, apabila sebuah pasar raya terkenal di Batu Pahat didapati menjual alas kaki tertera gambar Kaabah.

“Ketika agama mu dihina sebegini rupa masih juga kita tidak sedar, lebih baik mati sahaja.

“Bersatulah umat Islam tidak kira perbezaan ideologi politik. Kerana penyatuan ummah itu menjadi kekuatan ummah untuk tidak dipandang hina

“Sudah tiba masanya, ketepikan perbezaan kita kuatkan ummah,” katanya.

Hari ini, media melaporkan Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) tidak berdiam diri dengan isu penjualan alas kaki memaparkan gambar Kaabah di sebuah pasar raya terkenal di Batu Pahat, seperti tular di media sosial sehari sebelum Aidilfitri lalu.

Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam negeri, Mohd Fared Mohd Khalid berkata, tindakan sudah diambil pihak JAINJ sejurus menerima aduan awam, termasuk merampas 11 alas kaki itu pada Selasa lalu.

Menurutnya, pengurusan pasar raya berkenaan sudah dipanggil bagi memberi keterangan dan diberi amaran, agar lebih berhati-hati terhadap produk jualan supaya tidak menyentuh sensitivity masyarakat serta agama.

Terdahulu, isu terbabit ‘hangat’ di media sosial apabila beberapa pengguna, termasuk Syam Akmal berkongsi video memaparkan perkara itu di media sosial kerana terkejut apabila mengamati gambar tertera di alas kaki terbabit adalah Kaabah. – 13 April, 2024

Topics

 

Hangat

FashionValet a loss-making entity before and after Khazanah, PNB’s RM47 mil investment

GLICs bought stakes in 2018, company records show total RM103.3 million losses after tax from 2017 to 2022

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

Dublin-based M’sian child psychiatrist who groomed, sexually abused teen jailed for 8.5 years

Amirul Arif Mohd Yunos pleads guilty to six charges of sexual crimes against minor, banned from practising the field in Ireland from now on

Related