Anwar belum bincang calon PH bagi PRK Kuala Kubu Baharu

Perdana Menteri berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai status calon PH bagi PRK itu yang akan diadakan pada 11 Mei ini

3:33 PM MYT

Ā 

HULU SELANGOR – Ā Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata beliau masih belum berbincang mengenai calon yang akan mewakili Pakatan Harapan (PH) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu.

ā€œSaya belum berbincang dengan sesiapa mengenai perkara itu (PRK),ā€ kata Pengerusi PH itu secara ringkas kepada pemberita semasa menghadiri Jamuan Hari Raya Aidilfitri dan solat Jumaat di Masjid Bandar Utama Batang Kali di sini.

Perdana Menteri berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai status calon PH bagi PRK itu yang akan diadakan pada 11 Mei ini.

Pada 4 April lepas, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan tarikh penamaan calon dan pengundian awal PRK berkenaan masing-masing pada 27 April dan 7 Mei.

Kerusi DUN Kuala Kubu Baharu kosong susulan kematian penyandangnya Lee Kee Hiong pada 21 Mac lepas.

Lee, 58, yang menguasai kerusi di bawah Parlimen Hulu Selangor itu sejak 2013, meninggal dunia selepas beberapa tahun bergelut melawan kanser. – 12 April, 2024

Topics

Ā 

ā—‰ Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

ā€˜Very hurtfulā€™: Chief justice exposes legal failures driven by distorted Islamic views

Tun Tengku Maimun Tuan Mat laments misinterpretations of faith that distort justice in high-profile rulings, cites Indira Gandhi and Nik Elin Zurina cases

The ā€˜powerfulā€™ fallacy of MCMC ā€“ Wong Chun Wai

New regulations are needed to police rampant crimes committed on social media platforms used by millions of Malaysians

ā—‰ Related