Lelaki warga Israel mengaku tidak bersalah atas 2 tuduhan melibatkan senjata api

Shalom didakwa di bawah seksyen 8(a) Akta Senjata 1960 [Akta 206] kerana memiliki senjata tanpa lesen atau permit

11:04 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Lelaki warga Israel yang ditahan bersama enam senjata api dan 158 butir peluru, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas dua tuduhan melibatkan senjata api.

Shalom Avitan, 38, didakwa di bawah seksyen 8(a) Akta Senjata 1960 [Akta 206] kerana memiliki amunisi tanpa suatu lesen senjata atau permit senjata.

Jika sabit kesalahan, dia boleh dihukum penjara tidak melebihi tujuh tahun, atau denda tidak melebihi RM10,000 atau kedua-duanya sekali.

Bagi tuduhan kedua, Avitan didakwa di bawah seksyen 7(1) Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971 [Akta 37] kerana berdagang senjata.

Sabit kesalahan boleh dihukum (Pindaan pada Seksyen 7) iaitu penjara tidak kurang daripada 30 tahun tetapi tidak melebihi 40 tahun dan sebatan enam kali.

Perbuatan berkenaan didakwa dilakukan di antara 26 Mac 2024, jam lebih kurang 6.46 petang dan 28 Mac 2024 jam lebih kurang 6.00 petang, di sebuah hotel di Jalan Ampang.

Ketika pertuduhan dibacakan dalam bahasa Inggeris di hadapan Hakim Tasnim Abu Bakar, Avitan pada mulanya kelihatan tidak memahaminya dan teragak-agak untuk mengemukakan rayuan. 

Bagaimanapun, tertuduh kemudian mengesahkan bahawa dia memahami pertuduhan itu dan mengaku tidak bersalah terhadap dua tuduhan tersebut. 

Pihak pendakwaan diwakili timbalan pendakwa raya Mohamad Mustaffa P. Kunyalam manakala peguam Navinjit Singh dan Jeffrey Ooi hadir bagi pihak pembelaan. 

Hakim tidak membenarkan ikat jamin dan menetapkan 21 Mei sebagai tarikh sebutan kes.

Dalam pada itu, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain turut hadir di mahkamah.

Avitan, dilaporkan masuk ke negara ini menerusi Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 12 Mac lalu dengan menggunakan pasport Perancis. Turut ditemui di dalam bilik hotelnya adalah enam senjata api jenis Glock 19 Marine, Glock 17 Gen 4, Smith and Wesson, Sig Sauer dan Stoeger serta 200 butir peluru yang diletakkan dalam beg miliknya.

Susulan itu, polis turut menahan sepasang suami isteri, yang kemudiannya telah didakwa di mahkamah pada 8 April lalu. – 12 April, 2024

Topics

 

Hangat

DBKL slices up Havoc Food Festival in Setapak as traffic complaints boil over

Nik Nazmi steps in after residents complain of congestion, authorities shut down unlicensed event

In latest book ‘Saving the Planet’, Nik Nazmi makes urgent call for climate action

New book offers a Malaysian perspective on the global environmental crisis, highlighting economic and social stakes of climate change

Sports budget allocation: is popularity winning over performance in 2025 funding?

As RM15 million goes to football and RM20 million to e-sports, critics question whether funding priorities reflect merit or strong networks in Malaysian sports

Related