Wang ihsan disalur Persekutuan ringankan beban Kelantan bayar emolumen: MB

Minggu lepas, Kerajaan Persekutuan menyalurkan wang ihsan berjumlah RM58.6 juta kepada Kelantan bagi membiayai komitmen emolumen kerajaan negeri

8:27 PM MYT

 

PASIR MAS — Kelantan akan memanfaatkan wang ihsan yang disalurkan oleh kerajaan persekutuan pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada minggu lepas untuk membayar emolumen sektor awam negeri seperti yang dinyatakan oleh Kementerian Kewangan.

Menteri Besar Datuk Nassuruddin Daud berkata sekalipun kerajaan negeri ada peruntukan untuk tujuan itu, pemberian wang ihsan tersebut membantu meringankan beban yang ditanggung.

“Saya ucap terima kasih kepada Perdana Menteri (kerana) sentiasa bantu Kelantan, bukan sahaja (dari segi pemberian) wang ihsan tetapi dalam perkara lain juga,” katanya ketika ditemui pemberita di Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Menteri Besar Kelantan, di Maahad Tahfiz Kampung Meranti, di sini hari ini.

“Hubungan kita (kerajaan negeri) dan persekutuan baik sejak dari dulu lagi. Semua perkara boleh bincang dan Perdana Menteri beri jaminan bahawa beliau turut beri perhatian kepada Kelantan,” tambah beliau.

Minggu lepas, Kerajaan Persekutuan menyalurkan wang ihsan berjumlah RM172.3 juta kepada kerajaan Terengganu dan RM58.6 juta kepada Kelantan bagi membiayai komitmen emolumen kerajaan negeri masing-masing. – 11 April, 2024

TAG: menteri besar, kelantan, perdana menteri, wang ihsan, hubungan
ABS IQR NM

Thursday , 11 April 2024

Topics

 

Hangat

Ex-national basketball player arrested for alleged sexual harassment against students

Cheras top cop confirms source's claims, says 36-tahun-old suspect also has multiple simillar reports lodged against him before; source questions why MoE allowed him to teach

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

House arrests been granted before so don’t pull wool over our eyes: Shafee

Datuk Seri Najib Razak's lawyer points to precedent in Kenneth Lee's murder case, provisions in Prisons Act

Related