Pemandu lori dikejar sejauh 50 kilometer, cuba lari dari SJR, rempuh motosikal

Ketika dikejar, pemandu lori tersebut memandu secara berbahaya dan menghimpit motosikal yang ditunggang oleh seorang anggota polis trafik

5:56 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Polis menahan seorang pemandu lori berusia 21 tahun selepas bertindak membuat pusingan U secara tiba-tiba di garisan berkembar dan cuba melarikan diri ketika sekatan jalan raya (SJR) di KM9 Jalan Bahau-Kemayan dekat Jempol, Negeri Sembilan, tengah hari semalam.

Ketua Polis Daerah Jempol, Superintenden Hoo Chang Hook berkata, tindakan suspek itu menyebabkan lori yang dipandunya merempuh sebuah motosikal yang ditunggang seorang lelaki berusia 40 tahun.

Menurutnya, melihat keadaan itu, anggota dari Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik serta kereta peronda MPV Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Jempol bertindak mengejar suspek sejauh 50 kilometer sebelum lelaki berkenaan diberkas di kawasan ladang sawit di Serting Hilir.

“Ketika dikejar, pemandu lori tersebut telah memandu secara berbahaya dan menghimpit beberapa kali motosikal yang ditunggang oleh seorang anggota polis trafik ke laluan bertentangan dan hampir melanggar anggota tersebut serta pengguna jalan raya yang lain.

“Dalam situasi itu, anggota polis tersebut telah bertindak melepaskan 10 das tembakan di bahagian tayar lori bagi memberhentikan kenderaan tersebut tetapi suspek tetap enggan dan terus melarikan diri dalam keadaan tayar yang pecah.

“Walau bagaimanapun dengan bantuan kereta peronda MPV, suspek telah berjaya ditangkap di dalam kawasan ladang sawit,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Chang Hook berkata, suspek kemudian dibawa ke IPD Jempol bagi siasatan lanjut serta dapati positif dadah jenis methamphetamine.

Kes disiasat dibawah Seksyen 307 Kanun Keseksaan, Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan Sek 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

“Permohonan reman ke atas suspek akan dibuat di Mahkamah Seremban. Pihak polis meminta agar saksi yang berada ditempat kejadian untuk tampil bagi membantu siasatan,” katanya. – 10 April, 2024

Topics

 

Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

MCMC recorded nearly 9,500 reports on cyberbullying in the last three years

Online scams are just behind with 9,321 complaints; 143 reports on child sexual content

Petros accuses Petronas of strong-arm tactics in blocking Sarawak’s gas rights

Court documents reveal claims of dominance abuse and interference with the state’s sole gas aggregator role

Related