Yang di-Pertuan Agong titah pemimpin politik supaya tidak ekstrem dalam isu-isu agama, perkauman

Sultan Ibrahim yang mengingatkan perkara itu bukan hanya kepada Umno dan DAP malah semua parti

2:32 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Pemimpin politik diharap tidak ekstrem dalam memberikan pandangan tentang isu-isu agama dan perkauman.

Demikian titah Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim yang mengingatkan perkara itu bukan hanya kepada Umno dan DAP malah semua parti.

“Pemimpin mesti menjadi jambatan atau penghubung antara rakyat majmuk negara kita dengan contoh perilaku yang matang.

“Kejadian baru-baru ini (isu melibatkan kalimah Allah) sepatutnya membuka mata semua pihak bahawa semua lapisan rakyat mempunyai tangungjawab menjaga perpaduan negara,” titah Seri Paduka.

Terdahulu Sultan Ibrahim berkenan menerima menghadap pimpinan kanan Umno dan DAP di Istana Negara hari ini.

Antara yang hadir adalah Timbalan Presiden Umno, Datuk Seri Mohamad Hasan; Pengerusi Badan Perhubungan Umno Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh; Timbalan Setiausaha Agung DAP, Liew Chin Tong dan Ketua Pemuda Umno, Dr Muhamad Akmal Saleh.

Sesi menghadap bersama Seri Paduka itu bertumpu kepada perkembangan semasa berkaitan isu-isu sensitiviti agama dan kaum.

Titah Yang di-Pertuan Agong, semua pihak dinasihatkan untuk memberi tumpuan untuk mengajak rakyat ke arah perpaduan, bukannya perpecahan.

“Saya ingin melihat rakyat bersatu padu dengan harmoni.

“Perpaduan yang jitu dalam kalangan rakyat akan menjadi pemangkin kepada kesejahteraan sejagat Malaysia. Menjelang Hari Raya yang mulia ini, bermaaf-maafanlah antara satu sama lain dan buka lembaran baharu,” titah Seri Paduka.

Baru-baru ini negara berdepan isu kalimah Allah yang membangkitkan kemarahan ramai pihak khususnya umat Islam.

Pihak yang berkenaan sudah menyatakan permohonan maaf dan akan memperbaiki segala kekurangan khususnya melibatkan pengeluaran produk masing-masing. – 9 April, 2024

Topics

 

Hangat

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

FashionValet a loss-making entity before and after Khazanah, PNB’s RM47 mil investment

GLICs bought stakes in 2018, company records show total RM103.3 million losses after tax from 2017 to 2022

Related