‘Qaseh tolonglah balik’, ibu rayu anak bongsu pulang menjelang Aidilfitri

Menurut ibu Qaseh, selain membuat laporan polis, dia dan suami turut mencari anak mereka di Melaka dan Kuala Lumpur berdasarkan maklumat orang ramai

1:37 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Ibu kepada Nurqasehku Suhaimi Abdul Rahman, 14, merayu kepada orang ramai yang melihat dan mengetahui keberadaan anaknya itu segera menghubunginya atau balai polis berdekatan.

Bercakap kepada Scoop, Nur Hazlin Mohd Noor, 42, berkata, anak bongsunya itu keluar dari rumah pada jam 2.18 pagi, 1 April lalu dengan memakai seluar dan baju lengan panjang hitam.

Katanya, anaknya yang lebih mesra dipanggil Qaseh itu juga dilihat memegang satu topi keledar berdasarkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) milik jiran berdekatan.

“Saya merayu kepada sesiapa yang ada berjumpa anak saya tolong hantar dia ke balai polis berhampiran.

“Anak saya hilang dari rumah pada 1 April lalu dan sehingga ke hari ini masih tidak ada apa-apa berita.

“Qaseh keluar sehelai sepinggang, tak bawa kad pengenalan, telefon bimbit, pakaian…dia pergi kosong. Jadi saya merayu kepada rakyat Malaysia, tolonglah bantu saya sekeluarga dalam mengesan anak kami,” katanya.

Laporan polis mengenai kehilangan Qaseh sudah dibuat di Balai Polis Tanjung Minyak pada pagi 1 April, malah ibu bapanya turut mencari di sekitar Melaka dan Kuala Lumpur berdasarkan maklumat orang ramai. – Gambar ihsan Nur Hazlin Mohd Noor, 9 April, 2024

Menurut Nur Hazlin, setakat ini dia dan suami, Suhaimi Ali, 45, sudah mencari Qaseh di sekitar Melaka dan Kuala Lumpur berdasarkan maklumat orang ramai yang mendakwa ternampak anaknya di sekitar kawasan berkenaan baru-baru ini.

Ujarnya, dia juga membuat laporan polis di Balai Polis Tanjung Minyak pada pagi 1 April lalu berikutan kehilangan anaknya itu.

“Saya dan suami dah puas mencari dia di sekitar Melaka dan baru-baru ini kami habiskan masa dua hari mengesannya di Kuala Lumpur, sebab dapat panggilan daripada orang awam kata ada ternampak dia di ibu negara.

“Tapi, hasilnya memang menghampakan…saya berharap kalau ada yang ternampak dia selepas ini, tolong hantarkan dia terus ke balai polis berdekatan, saya merayu sangat,” katanya.

Nur Hazlin berkata, sebelum Qaseh keluar, tidak berlaku sebarang pertengkaran di antara mereka, malah dia menyifatkan anaknya seorang yang baik dan mendengar kata.

Kongsinya, walaupun Qaseh adalah anak angkat, kasih sayang mereka sekeluarga terhadapnya tidak berbelah bahagi, malah dia ditatang bagai minyak yang penuh.

“Walaupun Qaseh anak angkat dan dia memang tahu mengenai status ini, saya dan suami anggap dia macam anak kandung sebab saya jaga dia sejak dia lahir lagi.

“Saya memang sayang sangat pada Qaseh sebab dia amanah Allah pada saya, apa dia hendak memang saya turutkan dan tidak pernah beza-bezakan kasih sayang antara dia dengan adik-beradiknya yang lain.

“Tiada perselisihan faham di antara kami sebelum dia hilang, jadi itu yang membingungkan saya…manalah dia pergi sembilan hari ini, saya memang cukup risau dan tidak cukup tidur memikirkan keberadaannya,” katanya. – 9 April, 2024

Topics

 

Hangat

Ex-national basketball player arrested for alleged sexual harassment against students

Cheras top cop confirms source's claims, says 36-year-old suspect also has multiple simillar reports lodged against him before; source questions why MoE allowed him to teach

Anwar’s plan: protecting Petronas and restoring the ringgit – Tuan Muda

How the prime minister’s reforms are taking shape in crucial institutions

Umno on life support: time for Anwar to pull the plug and bury the loonies – Tuan Muda

The writer doesn't mince his words when he calls for curtains on Malaysia's once premier Malay party

Related