Enggan mengalah, saling menghimpit, dua cedera kereta terbalik

Kedua-dua kenderaan tersebut saling menghimpit sebelum pemandu Proton Waja hilang kawalan dan melanggar penghadang jalan

6:01 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Sikap panas baran dua pemandu kereta di lebuh raya berakhir tragedi apabila kenderaan seorang daripada mereka terbabas, sebelum terlanggar pembahagi jalan dan terbalik.

Menerusi video tular dirakam kamera papan pemuka yang memaparkan kemalangan itu di media sosial, kenderaan jenis Proton Waja dilihat menukar lorong secara mengejut, menyebabkan Honda City yang sedang bergerak laju di lorong kanan terpaksa memperlahankan kenderaannya.

Dilihat berang dengan tindakan Proton Waja itu, pemandu Honda City terbabit tidak puas hati dan kembali memotong Proton Waja berkenaan melalui lorong kiri.

Kedua-dua kenderaan tersebut saling menghimpit sebelum pemandu Proton Waja hilang kawalan dan melanggar penghadang jalan.

Video tersebut turut mendapat perhatian ramai dengan rata-rata mengecam tindakan kedua-dua pemandu itu yang disifatkan gagal mengawal perasaan.

“Sebab tu kalau marah macam mana pun kau time driving (ketika memandu), tetaplah cool (tenang) dan drive (memandu) macam biasa,” kata @Bangjimmmmm.

“Mentaliti tidak menyenangkan dan (ia) punca kes kemalangan kepada orang tidak bersalah di sekeliling,” kata @iyeqalrudeanz.

“Di jalan raya bukan tempat main-main nak tunjuk ego masing-masing, risiko melibatkan nyawa sangat tinggi. Hargailah nyawa…” kata @aku_369.

Manakala ada yang meletakkan kesalahan kepada pemandu Waja yang dilihat lambat memberi isyarat sebelum menukar lorong lalu menjadi penyebab tercetus kemalangan.

“Waja memang punca, masuk terus lane (lorong) kanan tanpa tengok kereta speeding (memecut laju) kat situ lepas tu baru nak bagi signal (isyarat),” kata @syimirbaik.

Bagaimanapun, ada netizen beranggapan kedua-dua pemandu bersalah dalam insiden tersebut kerana mereka tidak mahu mengalah dan mempunyai ego tinggi.

“Kadang terpikir, korang takleh bertolak ansur sikit ke atas jalan ni? Mengalah dan teruskan kehidupan seperti biasa? Ni tak pasal-pasal terbabas. Elok-elok boleh raya dengan tenang, terus jadi kes polis,” kata fatfitfot2.

Sementara itu, Pemangku Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Datuk Mohd Nasri Omar mengesahkan pemandu dan penumpang Proton Waja cedera akibat kemalangan terbabit.

Katanya, siasatan dijalankan mendapati kejadian yang berlaku jam 10.15 pagi itu, membabitkan dua kereta jenis Proton Waja dan Honda City.

Siasatan lanjut, ujarnya, mendapati Proton Waja dinaiki dua mangsa itu dari Kuantan menuju ke Kedah, manakala Honda City dari Temerloh ke Shah Alam. – 8 April, 2024

Topics

 

Hangat

Duck and cover? FashionValet bought Vivy’s 30 Maple for RM95 mil in 2018

Purchase of Duck's holding company which appears to be owned wholly by Datin Vivy Yusof and husband Datuk Fadzarudin Shah Anuar was made same year GLICs invested RM47 mil

‘Very hurtful’: Chief justice exposes legal failures driven by distorted Islamic views

Tun Tengku Maimun Tuan Mat laments misinterpretations of faith that distort justice in high-profile rulings, cites Indira Gandhi and Nik Elin Zurina cases

Elderly, disabled face ‘roadblocks’ as public transport goes fully digital

Consumer group urges government and public transport companies to be more inclusive with digitalisation approach

Related