Realiti sektor runcit, pergi pasar borong, Chow Kit, Masjid India semua premis runcit dikuasai warga asing: Bos Mydin

Sekiranya penguatkuasaan yang konsisten dapat dilaksanakan pihak berkuasa, isu penguasaan peniaga warga asing boleh diselesaikan

8:00 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Peluang untuk membuka premis atau menguasai sektor peruncitan bagi Bumiputera semakin mengecil atau hampir tiada berikutan penguasaan sektor berkenaan oleh peniaga warga asing.

Bercakap kepada Scoop, Presiden Persatuan Peruncit Bumiputera, Datuk Ameer Ali Mydin mendedahkan perniagaan kecil-kecilan di negara ini hampir sepenuhnya dikuasai warga asing.

“Kita tak perlu bagi data (statistik), kita boleh nampak, pergi pasar borong Selayang boleh nampak, pergi Chow Kit boleh nampak, Jalan Raja Bot penuh peniaga Aceh, kita boleh nampak.

“Sekarang kalau nak buka kedai di Masjid India, sudah tidak ada tempat semua dah dikuasai warga asing, nak buka di Chow Kit, semua kedai dikuasai warga Aceh.

“Ini bukan hanya berlaku di bandar-bandar besar sahaja, bandar-bandar kecil contoh pergi Temerloh atau mana-mana pun dikuasai warga asing.

“Sekarang ini peluang untuk membuka kedai-kedai peruncitan kecil seperti sudah tidak ada untuk orang Melayu dan Bumiputera, semua dikuasai warga asing,” katanya dalam temubual di pejabatnya baru-baru ini.

Ameer yang juga Pengarah Urusan Mydin Holdings Bhd (Mydin) berkata, sekiranya penguatkuasaan yang konsisten dapat dilaksanakan pihak berkuasa, isu penguasaan peniaga warga asing boleh diselesaikan.

“Jadi bila tidak ada penguatkuasaan yang efektif, sebab apa tak efektif saya tak nak komen bab itu. Penguatkuasaan yang konsisten perlu sampai isu ini diselesaikan sepenuhnya.

“Ini sesuatu yang perlu ditumpukan kerajaan dan lakukan sekarang. Kita baru habis Kongres Ekonomi Bumiputera (KEB) dan banyak yang mengeluh mengenai peluang perniagaan bagi mereka.

“Jadi ini agenda kita yang lagi penting, pastikan warga asing jangan dapat perniagaan. Banyak yang kata dah kawin dengan rakyat tempatan, tapi kalau betul lama dan kahwin dengan rakyat tempatan itu tidak mengapalah, rezeki mereka.

“Tapi yang pakai lesen rakyat tempatan lain ini mesti kita boleh tahu, malah bulan Ramadan pun ada juga warga asing yang berniaga gerai-gerai tepi jalan, di pasar malam dan bazar. Jadi apa yang pihak berkuasa buat? Itulah masalah kita, penguatkuasaan,” katanya.

Penguatkuasaan yang tidak konsisten menyebabkan warga asing kembali menguasai sesuatu kawasan. – Gambar Bernama, 11 April, 2024

Beliau berkata, penguatkuasaan yang tidak konsisten menyebabkan warga asing kembali menguasai sesuatu kawasan.

“Buat tangkapan di Jalan Silang, buat pemeriksaan lesen, kemudian tangkap 500 orang, itu lapan bulan dulu, sekarang semua (warga asing) ada kat sana balik.

“Pergi Pasar Borong Selayang, bising-bising itu ini, namun situasi sama sahaja di sana.Mereka tidak sepatutnya diberi kebenaran berniaga di negara ini.

“Mereka datang untuk bekerja di sektor yang rakyat tempatan tidak mahu bekerja, mula datang untuk bekerja, tapi sekarang dah ambil alih perniagaan, kalau kita pergi Nilai, kedai karpet semua warga asing,” katanya.

Ameer berkata, perkara itu tidak boleh dibiarkan terus berlarutan kerana pada akhirnya, rakyat mahukan kestabilan dan keharmonian dalam negara.

“Tapi kadang-kadang kita ni ‘barking on the wrong tree’ (menyalak di pohon yang salah) kita dok kata contohnya alah orang Cina ni ambil peluang kita (Bumiputera), walhal peluang itu ada sahaja tetapi sudah diambil warga asing.

“Jadi kita tidak akan ambil peluang dari warga Malaysia yang lain, bagi saya masyarakat Cina juga sudah lama di sini, jadi warganegara takkan kita hendak kacau mereka pula, ini pun negara mereka juga,” katanya.

Menurut Ameer, situasi ini tidak boleh dibiarkan berterusan kerana pada akhirnya, rakyat mahukan kestabilan dan keharmonian dalam negara. – Halim Salleh/Scoop, 11 April, 2024

Beliau turut menitipkan pesanan kepada peniaga Bumiputera supaya lebih cekal dan perlu memahami untuk mencapai kejayaan dalam sektor peruncitan, ia memerlukan masa.

“Perniagaan peruncitan ini sangat kompleks sebab kita peniaga nak cepat kaya, nak dapat kontrak, margin yang tinggi.

“Peniaga runcit nak sampai tahap penjualan jumlah besar bukan senang. Tapi kalau orang lain boleh buat kenapa tidak kita?

“Ia akan ambil masa, siapa-siapa fikir nak buat (peruncitan) satu, dua tahun akan jadi jutawan itu tidaklah, Mydin pun 66 tahun , 30, 40 tahun dulu pun orang tak tahu Mydin kat mana.

“Macam Mydin, kita bermula dari pasar malam, buka kedai runcit, kemudian buka kedai kecil di Masjid India, perlahan-lahan kedai kedua dan seterusnya sampai 68 cawangan hari ini,” katanya. – 11 April, 2024

Topics

 

Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

MCMC recorded nearly 9,500 reports on cyberbullying in the last three years

Online scams are just behind with 9,321 complaints; 143 reports on child sexual content

Petros accuses Petronas of strong-arm tactics in blocking Sarawak’s gas rights

Court documents reveal claims of dominance abuse and interference with the state’s sole gas aggregator role

Related