Majlis Bandaraya Kuala Terengganu arah kompleks beli-belah, pasar raya ditutup sepenuhnya 1 Syawal

Premis berkenaan dibenarkan beroperasi semula pada jam 1 tengah hari pada hari raya pertama

11:30 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Semua kompleks beli-belah, pasar raya dan pasar raya besar di kawasan Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) diarah tutup sepenuhnya pada 1 Syawal.

MBKT menerusi notis yang disiarkan di Facebook memaklumkan, premis makanan segera, kedai runcit 24 jam, kedai serbaneka seperti 7 Eleven, Trealeaf Mart, DIY, Eco Shop dan lain-lain pula diarah tutup bermula 12 tengah malam menjelang 1 Syawal.

Katanya, bagaimanapun premis berkenaan dibenarkan beroperasi semula pada jam 1 tengah hari pada hari raya pertama.

“MBKT memohon kerjasama peniaga untuk memastikan supaya sebarang aktiviti perniagaan tidak beroperasi pada hari dan waktu yang ditetapkan,” katanya.

Sementara itu, Datuk Bandar Kuala Terengganu, Rosli Latiff dilaporkan berkata, notis berkaitan arahan itu sudah diedarkan kepada pengurusan dan pemilik gedung perniagaan, selain makluman melalui pelbagai laman sosial termasuk Facebook (FB) MBKT.

Mengenai operasi kedai runcit dan kedai makan bukan Islam, beliau berkata, peniaga dan pengusaha bukan Islam digalakkan menutup premis perniagaan sehingga jam 1 tengah hari pada 1 Syawal.

“Penutupan premis perniagaan ini bertujuan menghormati sambutan Syawal dan pekerja Islam,” katanya.

Tegasnya, jika peniaga gagal mematuhi arahan tersebut, tindakan undang-undang akan diambil oleh MBKT termasuklah pembatalan lesen. – 8 April, 2024

Topics

Hangat

Mamak restaurants’ group to sue TikTok user for defaming industry

The Malaysian Muslim Restaurant Owners’ Association (Presma) will proceed with suing a TikTok user for making defamatory claims about food preparation and cleanliness at mamak restaurants.

Renewed threat on Vivekananda Ashram – Ravindran Raman Kutty

Brickfields' cultural heritage facing development risk again

We almost didn’t survive: Penampang resident recounts ‘worst flood in decades’

60-year-old describes how tragedy left him and his family devastated after losing nearly everything in their home

Related