3 kawasan catat IPU tidak sihat, 48 rekod kualiti udara sederhana

Semua pemilik tanah dinasihatkan supaya memantau secara rapi kawasan mudah dan sering terbakar

9:37 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Tiga kawasan mencatatkan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat, iaitu Nilai, Negeri Sembilan pada tahap 132; Banting, Selangor (157) dan Rompin, Pahang (167).

Ketua Pengarah Alam Sekitar, Datuk Wan Abdul Latiff Wan Jaffar berkata, IPU terbabit direkodkan Jabatan Alam Sekitar (JAS) setakat jam 6 petang semalam.

Menurutnya, sebanyak 48 kawasan pula merekodkan status kualiti udara sederhana dan 17 kawasan mencatatkan kualiti udara baik.

“Berdasarkan laporan Pusat Meteorologi Khas Asean (ASMC) yang berpusat di Singapura pada 6 April 2024, imej satelit Pentadbiran Laut dan Atmosfera Kebangsaan (NOAA) 20 mendapati wujud dua di Sumatera, lapan titik panas (hotspot) dikesan di Kalimantan dan 12 titik panas (hotspot) dikesan di dalam negara, iaitu 11 di Pahang dan satu di Terangganu.

“Peta Jerebu Serantau dikeluarkan ASMC pada 7 April 2024 melaporkan, hujan di kebanyakan tempat di selatan Asean kecuali Semenanjung dan utara Sumatera di mana cuaca lebih kering.

“Titik panas dikesan di utara dan timur Semenanjung dan barat Kalimantan,” katanya menerusi kenyataan malam tadi.

Beliau berkata, terdapat kepulan asap terhasil daripada titik panas yang dikesan di timur Semenanjung, dengan tiupan angin di Selatan Asean perlahan dan berubah arah.

“Susulan daripada status bacaan IPU mencecah bacaan 151-200 dalam tempoh melebihi 24 jam di stesen Rompin, JAS mengeluarkan Nota Pemberitahuan Amaran Awal 2 kepada Pusat Kawalan Bencana Negara (NDCC) untuk tindakan hebahan Notis Kesiapsiagaan Operasi Bencana ke peringkat negeri dan daerah terbabit.

“Seterusnya Jawatankuasa Pengurusan Bencana Peringkat Daerah/Negeri akan diaktifkan dan mengambil segala tindak balas berdasarkan Pelan Tindakan Jerebu Kebangsaan,” katanya.

JAS, ujarnya, sentiasa menjalankan penguatkuasaan dan aktiviti rondaan harian ke kawasan berpotensi berlakunya aktiviti pembakaran terbuka, selain memantau bacaan IPU dari semasa ke semasa.

Pelan Tindakan Pembakaran Terbuka Kebangsaan dan Pelan Tindakan Jerebu Kebangsaan sudah diaktifkan bagi menyelaras tindakan agensi kerajaan dalam menangani isu pembakaran terbuka serta menghadapi situasi jerebu negara. – Gambar Facebook Jabatan Alam Sekitar, 8 April, 2024

Katanya, Pelan Tindakan Pembakaran Terbuka Kebangsaan dan Pelan Tindakan Jerebu Kebangsaan sudah diaktifkan, bagi menyelaras tindakan agensi kerajaan dalam menangani isu pembakaran terbuka serta menghadapi situasi jerebu negara.

Wan Abdul Latiff berkata, semua pemilik tanah dinasihatkan supaya memantau secara rapi kawasan mudah dan sering terbakar, seperti tapak pelupusan sampah, hutan, tanah gambut, ladang, kawasan pertanian serta industri.

“Semua pemilik tanah juga dinasihat mengambil langkah mencegah pencerobohan pihak tidak bertanggungjawab, sehingga menyebabkan pembakaran terbuka sama ada untuk tujuan tertentu atau dengan tidak sengaja,” katanya.

Pada masa sama, beliau berkata, orang ramai dinasiha merujuk bacaan IPU terkini setiap jam di laman web JAS di Alamat http://apims.doe.gov.my/ atau dengan memuat turun aplikasi telefon pintar rasmi MyIPU di ‘Google Play’.

Ujarnya, orang ramai turut dinasihat melayari laman web Kementerian Kesihatan (KKM) di alamat www.moh.gov.my bagi mendapatkan nasihat kesihatan dan langkah pencegahan semasa jerebu.

Malah, katanya, orang ramai diingatkan tidak melakukan pembakaran terbuka atau membiarkan tanah atau premis kepunyaan mereka, dimasuki atau dicerobohi pihak tidak bertanggungjawab sehingga menyebabkan pembakaran terbuka untuk tujuan tertentu atau dengan tidak sengaja.

Kebakaran yang berlaku di kawasan belukar tanah gambut berdekatan Akademi Maritim Sultan Ahmad Shah dan pembakaran terbuka di sekitar Mukim Sungai Karang, Kuantan menyebabkan IPU meningkat. – Gambar Facebook Jabatan Alam Sekitar, 8 April, 2024

“Menurut Seksyen 29(A), Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974, mereka yang disabitkan dengan kesalahan melakukan pembakaran terbuka, boleh dikenakan denda tidak melebihi RM 500,000 atau penjara tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya sekali.

“Kompaun maksimum sebanyak RM2,000 juga boleh dikenakan atas setiap kesalahan.

“Orang ramai diminta bekerjasama untuk memadam kebakaran kecil dan melaporkan kes pembakaran terbuka atau kebakaran kepada Jabatan Perkhidmatan Bomba dan Penyelamat di talian 999 dan JAS menerusi talian bebas tol, 1-800- 88-2727,” katanya.

Kualiti udara yang mencatatkan bacaan IPU 0-50 dikategorikan berada pada status baik, 51-100 (sederhana), 101-200 (tidak sihat), 201-300 (sangat tidak sihat) dan 301 hingga 500 (berbahaya). – 8 April, 2024

Topics

 

Hangat

‘Very hurtful’: Chief justice exposes legal failures driven by distorted Islamic views

Tun Tengku Maimun Tuan Mat laments misinterpretations of faith that distort justice in high-profile rulings, cites Indira Gandhi and Nik Elin Zurina cases

Elderly, disabled face ‘roadblocks’ as public transport goes fully digital

Consumer group urges government and public transport companies to be more inclusive with digitalisation approach

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

Related