Polis buka kertas siasatan isu logo kasut mirip kalimah Allah: Ketua Polis Negara

Jakim juga diarah memanggil pihak berkaitan, esok, bagi mendapatkan penjelasan lanjut

6:18 PM MYT

 

KUALA LUMPUR — Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah membuka kertas siasatan berhubung isu tular logo kasut yang didakwa seakan-akan mirip kalimah Allah.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain mengesahkan perkara itu kepada Scoop sebentar tadi.

Terdahulu Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) telah diarahkan untuk memanggil pihak berkaitan, esok, bagi mendapatkan penjelasan lanjut mengenai isu tular logo kasut yang didakwa seakan-akan mirip kalimah Allah.

Perkara itu ditegaskan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Mohd Na’im Mokhtar merujuk kepada satu perkongsian yang tular di media sosial mengenai isu berkenaan.

Menerusi laporan polis yang diterima, pengadu seorang guru di Butterworth, Pulau Pinang membuat laporan polis Balai Polis Sungai Dua hari ini selepas melihat satu hantaran di Facebook berkaitan satu bentuk penghinaan ke atas kalimah Allah.

Menerusi hantaran tersebut, tertera satu bentuk dan lambang menyerupai kalimah Allah di tapak kasut berjenama Vern’s.

Ketua Pemuda Umno, Dr Muhamad Akmal Saleh memberi tempoh selama 24 jam kepada syarikat Vern’s untuk membuat penjelasan berhubung dakwaan penemuan bentuk logo seakan-akan kalimah Allah pada tapak kasut keluaran syarikat itu.

Menurut beliau, jika tiada penjelasan dalam tempoh itu, tindakan boikot akan digerakkan terhadap produk keluaran syarikat berkenaan. – 7 April, 2024

Topics

 

Hangat

FashionValet a loss-making entity before and after Khazanah, PNB’s RM47 mil investment

GLICs bought stakes in 2018, company records show total RM103.3 million losses after tax from 2017 to 2022

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Related