Lagi isu kalimah Allah: Akmal beri tempoh 24 jam kepada syarikat Vern’s buat penjelasan

Kecoh di media sosial selepas seorang pengguna mendakwa, logo dipercayai seakan-akan kalimah Allah tertera di bahagian tapak kasut yang baru dibeli untuk isterinya

3:39 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Ketua Pemuda Umno, Dr Muhamad Akmal Saleh memberi tempoh selama 24 jam kepada syarikat Vern’s untuk membuat penjelasan berhubung dakwaan penemuan bentuk logo seakan-akan kalimah Allah pada tapak kasut keluaran syarikat itu.

Menurut beliau, jika tiada penjelasan dalam tempoh itu, tindakan boikot akan digerakkan terhadap produk keluaran syarikat berkenaan.

“Pagi ini saya menerima mesej yang menyatakan ada isu kalimah Allah di tapak kasut pula. Marah memang marah bila terdengar perkara sedemikian, tetapi saya menenangkan diri untuk melihat apakah situasi yang sebenarnya berlaku.

“Apabila saya lihat semula, saya mencari sebanyak mana maklumat mengenai logo di tapak kasut sedemikian. Dan, saya terbaca satu posting yang memaklumkan ia adalah logo seperti sebuah kasut tumit tinggi dengan talinya sekali dan begitu juga daripada pemandangan mata saya,” katanya.

Beliau menambah, ada logiknya maklumat awal yang diterima itu namun pihaknya mendesak satu penjelasan segara daripada Vern’s mengenai isu berkenaan.

“Kami orang Islam di Malaysia ini bukan jenis yang bertindak semberono tanpa usul periksa, kami berhusnuzon (bersangka baik) terlebih dahulu dan kami mahukan penjelasan daripada pihak kamu (Vern’s).

“Jika tiada penjelasan dalam tempoh 24 jam, maka jangan salahkan kami jika boikot terhadap produk kamu pula selepas ini.

“Kita kekal tenang, berhusnuzon dan kita tunggu apa penjelasan syarikat ini dalam tempoh 24 jam ya,” katanya.

Terdahulu kecoh di media sosial selepas seorang pengguna mendakwa, logo dipercayai seakan-akan kalimah Allah tertera di bahagian tapak kasut yang baru dibeli untuk isterinya. – 7 April, 2024

Topics

 

Hangat

FashionValet a loss-making entity before and after Khazanah, PNB’s RM47 mil investment

GLICs bought stakes in 2018, company records show total RM103.3 million losses after tax from 2017 to 2022

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

Dublin-based M’sian child psychiatrist who groomed, sexually abused teen jailed for 8.5 years

Amirul Arif Mohd Yunos pleads guilty to six charges of sexual crimes against minor, banned from practising the field in Ireland from now on

Related