Kedatangan Akmal ke Sabah ‘baik-baik sahaja’ beliau disapa mesra penduduk: Ketua Pemuda Kinabatangan

Baru-baru ini Aktivis dari Sabah dan Sarawak menggesa supaya lima individu, termasuk Ketua Pemuda Umno, Dr Muhamad Akmal Saleh tidak dibenarkan memasuki negeri berkenaan

1:07 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Cadangan untuk melarang Ketua Pemuda Umno, Dr Muhamad Akmal Saleh daripada memasuki Sabah disifatkan sebagai tidak matang sedangkan kedatangan beliau ke negeri itu baru-baru ini disapa mesra oleh penduduk di situ.

Menurut Ketua Pemuda Umno Kinabatangan, Mohd Naim Kurniawan Moktar, jika mahu melarang Akmal daripada memasuki Sabah, lebih baik larangan dilaksanakan ke atas mereka yang mencetuskan isu itu terlebih dahulu.

‘Kedatangan Dr. Akmal Saleh di Sabah baru-baru ini semuanya baik sahaja malahan beliau disapa mesra oleh Rakyat Sabah.

“Rakyat Sabah kini matang dalam mencerna isu berkenaan Dr. Akmal Saleh mempertahankan Kalimah Allah daripada direndahkan darjatnya,’’ katanya dalam satu kenyataan.

Baru-baru ini Aktivis dari Sabah dan Sarawak menggesa supaya lima individu, termasuk Ketua Pemuda Umno, Dr Muhamad Akmal Saleh tidak dibenarkan memasuki negeri berkenaan kerana didakwa meningkatkan ketegangan kaum dan agama di negara ini.

Antaranya termasuklah Ketua Pemuda Bersatu Sabah, Christoper Mandut, yang menyifatkan Akmal sebagai ‘raja kontroversi’ dan menyatakan Sabah menolak apa-apa yang boleh mencetuskan ketidakharmonian dalam kalangan penduduknya.

Mengulas lanjut, Naim berkata, Christopher perlu menyelidik dahulu sesuatu isu yang timbul sebelum mengemukakan cadangan yang janggal.

Malah, katanya, pemimpin seperti Christopher perlu keluar dan bergaul dengan pemimpin dari latar belakang yang berbeza agar pandangan lebih meluas dan tidak mudah terpengaruh.

Semalam, Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain memaklumkan kertas siasatan terhadap Akmal akan diserahkan kepada Pejabat Peguam Negara (AGC) dalam masa terdekat.

Siasatan terhadap Akmal, yang juga Exco Melaka itu dibuat di bawah Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1958 dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Terdahulu, Akmal menegaskan beliau bersedia untuk berdepan dengan tindakan undang-undang di mahkamah susulan tindakannya mengajak umat Islam terus memboikot kedai serbaneka KK Mart. – 7 April, 2024

Topics

Hangat

Mamak restaurants’ group to sue TikTok user for defaming industry

The Malaysian Muslim Restaurant Owners’ Association (Presma) will proceed with suing a TikTok user for making defamatory claims about food preparation and cleanliness at mamak restaurants.

[UPDATED] Desperate, doomed move: Lokman Adam claims Daim, Dr Mahathir behind Langkah Dubai  

Langkah Dubai, a move by the opposition to topple Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim’s administration, is allegedly masterminded by former prime minister Tun Dr Mahathir Mohamad and his right-hand man Tun Daim Zainuddin.

Rape allegations at centre of preacher Zamri Vinoth’s defamation trial

Witness for defence claims in her testimony that preacher had raped her at his Rahang home in 2018

Related