Kertas siasatan terhadap Akmal akan dirujuk ke Pejabat Peguam Negara

Menurut Ketua Polis Negara, kertas siasatan itu akan dihantar untuk nasihat dan cadangan (tindakan lanjut) AGC

2:19 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Kertas siasatan terhadap Ketua Pemuda Umno, Dr Muhamad Akmal Saleh akan diserahkan kepada Pejabat Peguam Negara (AGC) dalam masa terdekat.

Bercakap kepada Scoop, Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, ketika ini Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang melengkapkan siasatan terhadap pemimpin tersebut berhubung isu penemuan stoking tertera kalimah Allah di kedai serbaneka KK Mart baru-baru ini.

“Kita (polis) akan hantar kertas siasatan itu untuk nasihat dan cadangan (tindakan lanjut) AGC,” katanya hari ini.

Siasatan terhadap Exco Melaka itu dibuat di bawah Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1958 dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Semalam, Dr Akmal mengesahkan telah ditahan di Kota Kinabalu.

Dia yang dikritik pihak tertentu kerana lantang dalam isu stoking tertera kalimah Allah, memuat naik hantaran di Facebooknya bagi memaklumkan penahanan berkenaan.

Razarudin sebelum ini memaklumkan penahanan terhadap Dr Akmal dilakukan susulan dua laporan polis diterima berkaitan ucapan dan tindakan Ketua Pemuda Umno itu berhubung isu stoking tertera kalimah Allah yang dijual di KK Mart.

Dalam pada itu, menerusi hantaran terbaharu di Facebook, Dr Akmal memuat naik gambarnya berada di lapangan terbang untuk pulang ke Semenanjung.

Beliau turut menyelitkan kenyataan: “No fear no surrender!” – 6 April, 2024

Topics

 

Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

FashionValet a loss-making entity before and after Khazanah, PNB’s RM47 mil investment

GLICs bought stakes in 2018, company records show total RM103.3 million losses after tax from 2017 to 2022

Related