Strok haba: Budak 3 tahun muntah, tidak sedar diri ketika bermain dalam kereta datuk

Kanak-kanak itu disahkan meninggal dunia akibat strok haba ketika dirawat di Hospital Universiti Sains Malaysia, Kubang Kerian

8:54 AM MYT

 

BACHOK — Seorang kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun yang merupakan mangsa pertama strok haba di Kelantan mengalami muntah-muntah sebelum ditemukan tidak sedarkan diri semasa bermain di dalam kereta datuknya di Kampung Teluk di sini, Jumaat lalu.

Muhamad Abil Qaiz Faizal Fazrin dibawa ke Klinik Kesihatan Bachok namun disahkan meninggal dunia, Isnin lalu semasa menerima rawatan susulan di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian.

Nenek kanak-kanak itu, Zainun Mat Amin, 54, berkata, ketika kejadian Muhamad Abil Qaiz sedang bermain dengan abang dan adik kembarnya di dalam kereta Proton Iswara milik datuk mereka di belakang rumah.

“Ketika itu abang dan adik kembarnya mahu pulang tetapi Muhamad Abil Qaiz masih ingin bermain di dalam kereta itu pada kira-kira jam 12 tengah hari.

“Kemungkinan mangsa terkurung di dalam kereta itu dan hanya ditemukan dalam keadaan separuh sedar kira-kira dua jam selepas itu,” katanya kepada pemberita di Kampung Teluk, di sini hari ini.

Sementara itu, ibu mangsa, Roslina Rusli, 26, berkata, ketika kejadian beliau sedang membuat kuih dan mangsa ada memberitahu mahu mengikut abang, Muhamad Aqil Amsyar, 7, dan adik kembarnya Muhamad Abeel Waiz bermain di belakang rumah.

“Saya ada memberinya air ketika itu dan langsung tidak menyangka sesuatu berlaku yang menyedihkan selepas itu kerana mereka pernah bermain di sana (kereta datuk).

“Saya dan suami Faizal Fazrin Rosidi, 33, reda dengan ketentuan tuhan dan menganggapnya sebagai ujian terbesar dalam hidup mereka,” katanya.

Dalam pada itu Pengarah Jabatan Kesihatan Kelantan, Datuk Dr Zaini Husin mengesahkan kanak-kanak itu meninggal dunia akibat strok haba pada jam 11.20 pagi pada Isnin lepas ketika dirawat di HUSM Kubang Kerian.

“Pihak jabatan kesihatan menasihatkan ibu bapa supaya memantau dan mengehadkan aktiviti di luar rumah terutama membabitkan anak-anak kecil ketika musim kemarau,” katanya ketika dihubungi. – 6 April, 2024

Topics

 

Hangat

Dublin-based M’sian child psychiatrist who groomed, sexually abused teen jailed for 8.5 years

Amirul Arif Mohd Yunos pleads guilty to six charges of sexual crimes against minor, banned from practising the field in Ireland from now on

Regulating social media to protect children is a multi-agency effort, groups tell MCMC

Children’s issues cover many facets thus their digital rights and freedom of expression must not be restricted in the process of licensing platforms  

Book vouchers for students: MoE, MoHE unaligned on distribution method?

Fadhlina Sidek, in a ministry statement, says those eligible can claim through its Delima app via Kota Buku Digital feature, but Datuk Seri Zambry Abdul Kadir says mechanism will be disclosed later

Related