Akmal dipanggil semula ke IPD Kota Kinabalu, perlu jawab soalan tambahan

Difahamkan beliau perlu menjawab beberapa soalan tambahan daripada pihak polis

3:23 PM MYT

 

KOTA KINABALU – Selepas selesai memberi keterangan lebih dua jam, Ketua Pemuda Umno, Dr Muhamad Akmal Saleh dipanggil semula untuk masuk ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Kinabalu kira-kira jam 12.12 tengah hari tadi.

Difahamkan beliau perlu menjawab beberapa soalan tambahan daripada pihak polis.

Beliau keluar dari IPD Kota Kinabalu selepas selesai memberi keterangan kali kedua pada jam 2.04 petang.

Dr Akmal kemudiannya meneruskan perjalanan ke Beaufort, kira-kira dua jam dari sini untuk menghadiri program Kembara Ramadan Pemuda Umno Sabah.

Beliau dijadual berlepas pulang ke Kuala Lumpur pada jam 12 tengah hari esok dari Kota Kinabalu, Sabah.

Sebelum itu, Dr Akmal sempat ditemui pemberita sebaik keluar di pekarangan IPD Kota Kinabalu selepas selesai memberi keterangannya.

Ketika ini, petugas media masih lagi menunggu beliau keluar dari IPD Kota Kinabalu.

Terdahulu, Dr Akmal menerusi Facebook mengesahkan beliau ditahan di IPD Kota Kinabalu pagi ini walaupun sudah dijadualkan untuk memberi keterangan esok di IPD Dang Wangi.

“InsyaAllah saya akan berikan kerjasama sepenuhnya. Doakan semuanya dipermudahkan,” katanya sambil bertegas, tidak akan berganjak walau seinci daripada pendiriannya.

Dr Akmal bagaimanapun selesai memberikan keterangan selepas lebih dua jam dibawa ke IPD Kota Kinabalu sejurus tiba di Lapangan Terbang Kota Kinabalu, pagi tadi.

Beliau berkata, terdapat laporan dibuat berhubung video ceramah di Kelantan, yang dinafikannya membuat kenyataan berbaur hasutan.

“Saya meneliti video itu dan saya rasa tiada satu pun ungkapan dikeluarkan untuk menghasut. Saya serahkan segala-galanya kepada siasatan polis.
“Jika ada kes, kita sedia lawan di mahkamah sebab saya tak pernah takut. Sebab saya percaya yang kita bawa ini adalah suara kebenaran dan kita tak melakukan apa-apa kesalahan sekalipun.

“InsyaAllah Pemuda Umno akan sentiasa memberikan kerjasama yang baik dan terima kasih kepada IPD Kota Kinabalu kerana memberikan layanan yang baik. Alhamdulillah selepas dua jam setengah, selesai (beri keterangan),” katanya.

Beliau turut menegaskan tidak ditahan oleh Jabatan Imigresen dan akan menghadiri majlis berbuka puasa di Beaufort, Sabah.

“Kami tiada masalah dengan Imigresen. Lepas je Imigresen kemudian saya di sini (IPD Kota Kinabalu). Lepas ini program tetap diteruskan, tak patah semangat.

“Ketua-ketua Pemuda di Sabah dan pemimpin Sabah ini sangat luar biasa, jadi saya mengambil semangat itu untuk teruskan pendirian kami,” katanya. – 5 April, 2024

Topics

 

Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Not just stupid, but blatantly insulting: Saravanan slams Era FM’s Thaipusam ‘jokes’

MIC deputy president denounces actions of radio presenters imitating sacred kavadi dance, calling it ‘brainless’ and ‘disgraceful’

Megat Hafiz A.C.A.B tetap saman empat individu yang muat naik hantaran berbaur hasutan, ugutan dan penghinaan

Vokalis dan pemain gitar kumpulan skinhead, A.C.A.B, Megat Hafiz Mohammad atau Magskin memaklumkan salah seorang daripada empat individu yang sebelum ini telah mengeluarkan hantaran jelek berbaur hasutan, penghinaan serta ugutan dengan niat menjatuhkan dirinya telah ditahan polis di Pahang.

Related