Pemuda PAS bersolidariti bersama Akmal, persoal ‘di mana Presiden Umno’

Kenapa individu lain dari parti blok kerajaan yang sebelum ini menghina Islam, tidak disiasat dan ditahan di bawah Akta yang sama?: Afnan

2:16 PM MYT

 

KUALA LUMPUR — Pemuda PAS bersolidariti bersama Dr Muhamad Akmal Saleh dan menuntut tindakan sama diambil ke atas semua pihak yang menyentuh isu 3R (agama, raja dan kaum) serta menggugat keharmonian negara.

Sambil melahirkan rasa kecewa, Ketua Pemuda PAS, Afnan Hamimi Taib Azamudden berkata penahanan itu dilakukan hanya kerana kelantangan Akmal dalam isu stoking tertera kalimah Allah.

Anehnya, kata beliau, kenapa individu lain dari parti blok kerajaan yang sebelum ini menghina Islam, tidak disiasat dan ditahan di bawah Akta yang sama?

“Mana suara Presiden Umno?,’’ soal Afnan dalam kenyataan di sini hari.

Sementara itu, Ketua Penerangan PAS, Fadhli Shaari menyifatkan penahanan Akmal sebagai tindakan yang agak keterlaluan kerana sebagai wakil rakyat dan Exco Kerajaan Negeri Melaka, sudah pasti Akmal tidak akan melarikan diri.

“Cukuplah sekadar diambil keterangan dan didakwa jika ada kes. Menahannya boleh mencetuskan lagi situasi yang tidak harmoni dan memanjangkan polemik yang tidak perlu,’’ katanya.

Fadhli juga berharap penahanan itu bukan satu tindakan yang bermotifkan politik untuk memuaskan hati pihak-pihak tertentu.

“Simpati kita dengan apa yang menimpa Ketua Pegerakan Pemuda UMNO ini,’’ katanya.

Ahmad Fadhli Shaari berharap penahanan itu bukan satu tindakan yang bermotifkan politik untuk memuaskan hati pihak-pihak tertentu. – Abdul Razak Latif/Gambar Scoop, 5 April 2024

Fadhli yakin Presiden Umno yang juga Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi akan melakukan sesuatu untuk memastikan ‘anak buahnya’ ini mendapat keadilan.

Akmal ditahan di Kota Kinabalu pagi ini sebaik tiba di Lapangan Terbang Kota Kinabalu pagi tadi.

Beliau berada di Sabah untuk menghadiri Program Kembara Ramadan bersama Pemuda Umno di negeri itu.

Bagaimanapun selepas lebih 2 jam memberikan keterangan, Akmal dibebaskan dan beliau menyambung semula perjalanan ke Beaufort untuk menghadiri program tersebut.

Akmal disiasat mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948 dan Seksyen 233 Akta Komunikasi Multimedia 1998.

Ahmad Azlan Abu Bakar bersolidariti dengan Dr Akmal Muhamad Saleh dalam isu penahanan ini. – Gambar dari Facebook, 5 April, 2024

Dalam pada itu, Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Pahang, Ahmad Azlan Abu Bakar berkata, adalah tidak wajar Dr Akmal perlu memberikan keterangan di Kota Kinabalu sedang beliau sudah memberikan komitmen untuk memberikan keterangan di IPD Dang Wangi esok.

“Saya bersolidariti kerana isu yang dibawa oleh Dr Akmal melibatkan Islam dan berharap pihak berkuasa dapat menjalankan tanggungjawab mereka seadil-adilnya,” katanya. – 5 April, 2024

Topics

 

Hangat

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Duck and cover? FashionValet bought Vivy’s 30 Maple for RM95 mil in 2018

Purchase of Duck's holding company which appears to be owned wholly by Datin Vivy Yusof and husband Datuk Fadzarudin Shah Anuar was made same year GLICs invested RM47 mil

Related