Polis terima dua laporan terhadap Akmal, siasatan sudah dijalankan: Ketua Polis Negara

Penahanan itu susulan dua laporan polis diterima berkaitan ucapan dan tindakan Ketua Pemuda Umno itu berhubung isu stoking tertera kalimah Allah

11:55 AM MYT

 

KUALA LUMPUR — Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan siasatan dilakukan terhadap Ketua Pemuda Umno, Dr Muhamad Akmal Saleh mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948 dan Seksyen 233 Akta Komunikasi Muktimedia 1998.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, ia susulan dua laporan polis diterima berkaitan ucapan dan tindakan Ketua Pemuda Umno itu berhubung isu stoking tertera kalimah Allah yang dijual di KK Mart.

“Siasatan telah dijalankan ke atas beliau dan kertas siasatan akan dirujuk ke Pejabat Peguam Negara setelah kesemua tindakan melengkapkan siasatan diambil.

“Justeru orang ramai dinasihatkan agar tidak membangkitkan isu berkaitan stoking itu memandangkan mereka yang terlibat telah pun dituduh dan proses keadilan akan ditentukan mahkamah,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Ketua Umno bahagian Jasin itu ditahan di Ibu Pejabat Polis (IPD) Kota Kinabalu pagi ini.

Akmal yang dikritik pihak tertentu kerana lantang dalam isu stoking jenama kalimah Allah memuat naik hantaran di Facebooknya memaklumkan penahanan beliau hari ini biarpun dijadual memberi keterangan di IPD Dang Wangi, esok.

“Saya telah ditahan di IPD kota kinabalu pagi ini walaupun telah dijadualkan untuk memberi keterangan esok di IPD dang wangi.

“Insya-Allah saya akan berikan kerjasama sepenuhnya. Doakan semuanya dipermudahkan.

“Tidak akan berganjak walau seinci dengan pendirian kita,” katanya. – 5 April, 2024

Topics

Hangat

Mamak restaurants’ group to sue TikTok user for defaming industry

The Malaysian Muslim Restaurant Owners’ Association (Presma) will proceed with suing a TikTok user for making defamatory claims about food preparation and cleanliness at mamak restaurants.

IS launched ‘official’ Malay media group with IED drone manual, firm warns

An international security think tank has warned of the Islamic State terrorist group's latest tactic to expand its influence in Malaysia.  

Leaders bicker while Indians suffer, Santiago slams fellow politicians

Veteran DAP man says angry politicians uncaring for the plight of Indians are the reason why some problems remain unresolved over decades

Related