Ketua Pemuda Umno, Akmal ditahan di Kota Kinabalu

Dr Akmal berkata beliau akan berikan kerjasama sepenuhnya dan tidak akan berganjak daripada pendiriannya

10:50 AM MYT

 

KUALA LUMPUR — Ketua Pemuda Umno, Dr Muhamad Akmal Saleh ditahan di Kota Kinabalu pagi ini.

Dr Akmal yang dikritik pihak tertentu kerana lantang dalam isu stoking tertera kalimah Allah, memuat naik hantaran di Facebooknya bagi memaklumkan penahanan berkenaan meskipun dijadual memberi keterangan di IPD Dang Wangi, esok.

“Saya telah ditahan di IPD Kota Kinabalu pagi ini walaupun telah dijadualkan untuk memberi keterangan esok di IPD Dang Wangi.

“Insya-Allah saya akan berikan kerjasama sepenuhnya. Doakan semuanya dipermudahkan

“Tidak akan berganjak walau seinci dengan pendirian kita,” katanya hari ini.

Beliau bagaimanapun tidak menjelaskan lebih lanjut mengenai penahanan terbabit.

“Saya telah ditahan di IPD Kota Kinabalu pagi ini walaupun telah dijadualkan untuk memberi keterangan esok di IPD dang wangi.

“Insya-Allah saya akan berikan kerjasama sepenuhnya. Doakan semuanya dipermudahkan

“Tidak akan berganjak walau seinci dengan pendirian kita,” katanya hari ini.

Terdahulu aktivis politik dari Sarawak dan Sabah mahu Ketua Pemuda Umno dan empat yang lain yang didakwa mereka sebagai “dalang peningkatan ketegangan kaum dan agama, serta perselisihan sosial di negara ini”, dilarang daripada memasuki kedua-dua negeri di Borneo itu.

Dalam satu kenyataan bersama, Persatuan Aspirasi Rakyat Sarawak (Sapa) dan Sabah Defenders of Ancestral Lands (Mopot) menggesa Sarawak melarang beberapa individu daripada wilayah tersebut.

Bagaimanapun Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak, Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, kerajaan negeri tidak akan melarang kemasukan.

Beliau berkata, ia bukan keperluan segera untuk menghalang kemasukan ke Sabah dan Sarawak hanya kerana memberi pandangan yang berbeza.

Namun katanya, jika mereka datang semata-mata untuk menghasut rakyat menentang kerajaan atau menyemai kebencian agama, bangsa atau institusi raja, barulah kemasukan mereka ke negeri ini perlu dihalang, katanya.

Semalam, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata beliau tidak akan mencampuri bidang kuasa Polis Diraja Malaysia (PDRM) termasuk pendirian polis yang tidak menyiasat tindakan Akmal memuat naik gambar menghunus pedang samurai, ketika ketegangan isu jualan stoking bertulis kalimah Allah.

“Saya percaya polis ada tindakannya sendiri berasaskan laporan atau mereka sendiri yang buat laporan. Saya tak mahu masuk (campur) dalam bidang kuasa polis,” katanya.

Sementara Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain sebelum ini berkata siasatan hanya akan dimulakan sekiranya ada laporan polis dibuat.

Kenyataan itu diselar kumpulan peguam Lawyers for Liberty (LFL) yang berkata polis bertanggungjawab menyiasat apabila sedar sesuatu jenayah yang berlaku.

LFL juga berkata jika tiada aduan awam, pihak berkuasa itu boleh membuat laporan sendiri dan perkara itu telah pun menjadi amalan biasa.

Difahamkan Akmal ditahan oleh polis sebaik tiba di Lapangan Terbang Kota Kinabalu pada jam 10.25 pagi ini dan dibawa ke IPD Kota Kinabalu.

Beliau dijadualkan menghadiri Program Kembara Ramadan di Negeri Sabah bersama ahli Pemuda Umno. – 5 April, 2024

Topics

 

Hangat

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

Duck and cover? FashionValet bought Vivy’s 30 Maple for RM95 mil in 2018

Purchase of Duck's holding company which appears to be owned wholly by Datin Vivy Yusof and husband Datuk Fadzarudin Shah Anuar was made same year GLICs invested RM47 mil

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Related