Didakwa gelar PH, Umno ‘anjing’ parti, DAP buat laporan polis esok

Setiausaha Publisiti Kebangsaan DAP, Teo Nie Ching berkata, dakwaan itu fitnah jahat terhadap DAP dengan niat mencetuskan perbalahan

9:05 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – DAP menafikan dan memandang serius dakwaan tular kononnya parti itu meletakkan petikan di laman web rasminya yang menyebut Pakatan Harapan (PH) dan Umno sebagai ‘anjing’ mereka.

Menyifatkan dakwaan itu fitnah jahat terhadap DAP, Setiausaha Publisiti Kebangsaannya, Teo Nie Ching berkata, parti terbabit akan membuat laporan polis berhubung perkara berkenaan esok.

Katanya, laporan itu supaya tindakan sewajarnya akan diambil terhadap pihak yang menyebarkan fitnah terbabit.

“Tular sebuah tangkap layar kononnya suatu petikan daripada laman web rasmi DAP yang diterjemah, dengan tujuan jahat membina persepsi palsu bagi memfitnah parti.

“Tangkap layar tersebut memaparkan tulisan Mandarin dengan terjemahan Google Translate mendakwa ‘Kita tidak perlukan anjing untuk menyerang orang Melayu. Kita hanya perlu mencipta anjing daripada orang Melayu (PH dan Umno) untuk menghancurkan Melayu dan Islam!

“Anjing kita Melayu (PH dan Umno), mereka fikir kita (DAP) adalah Tuhan mereka…Dewa lama mereka sudah mati!” katanya menerusi kenyataan.

Beliau berkata, DAP memandang serius tuduhan jahat itu yang ternyata palsu dan petikan berkenaan, tidak langsung disebut di mana-mana platform rasmi parti.

“Ia sebenarnya grafik yang direkayasa untuk menimbulkan fitnah dan mencetuskan perbalahan semata-mata.

“DAP menafikan fitnah ini dan menegaskan pembohongan serta fitnah yang dicipta untuk memburuk-burukkan DAP tidak menjejaskan gelombang penyertaan ahli Melayu ke dalam parti.

“Malah menyebabkan lebih ramai yang menyertai parti kerana benci akan pembohongan seperti ini,” katanya.

Nie Ching berkata, DAP sudah bertahun menjelaskan fitnah seperti itu kepada umum.

“Maka usaha dangkal sebegini adalah kerja sia-sia golongan terdesak dan ketandusan idea,” katanya. – 4 April, 2024

Topics

 

Hangat

FashionValet a loss-making entity before and after Khazanah, PNB’s RM47 mil investment

GLICs bought stakes in 2018, company records show total RM103.3 million losses after tax from 2017 to 2022

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

Dublin-based M’sian child psychiatrist who groomed, sexually abused teen jailed for 8.5 years

Amirul Arif Mohd Yunos pleads guilty to six charges of sexual crimes against minor, banned from practising the field in Ireland from now on

Related