Pegawai kanan polis disyaki terima rasuah sudah ditukarkan ke jabatan lain: Ketua Polis KL

Siasatan masih dijalankan dan polis sedang menunggu keputusan serta laporan penuh daripada SPRM

8:44 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Seorang pegawai kanan polis yang disyaki terbabit dalam kegiatan rasuah di sekitar ibu negara telah ditukarkan ke jabatan lain sementara menunggu laporan penuh siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Rusdi Mohd Isa berkata, pegawai berpangkat Deputi Superintenden yang juga seorang Pegawai Turus dalam Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Kuala Lumpur itu telah dibebaskan dengan jaminan SPRM.

“Kita sahkan bahawa pegawai itu pun telah kembali bertugas dan kita tempatkan dia di tempat lain sementara menunggu apa-apa keputusan siasatan.

“Ketika ini belum ada keputusan SPRM, siasatan masih dijalankan dan polis sedang menunggu keputusan dan laporan penuh daripada SPRM,” katanya pada sidang media selepas menyaksikan Majlis Serah Terima Tugas Ketua Polis Daerah Wangsa Maju di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) di sini hari ini.

Majlis Serah Terima Tugas itu melibatkan pelantikan Ketua Polis Daerah Wangsa Maju yang baharu, Asisten Komisioner Mohamad Lazim Ismail menggantikan Superintenden Ashari Abu Samah yang akan bertukar ke IPD Alor Gajah, Melaka.

Rusdi berkata, pihaknya turut menjalankan siasatan dalaman melibatkan pegawai berkenaan

“Kami lakukan siasatan secara ‘parallel’.., siasatan ini kadang-kadang kita tunggu hasil keputusan siasatan SPRM dan kadang-kadang kita akan buat keputusan lebih awal,” katanya.

Beliau berkata, pegawai itu disiasat mengikut Seksyen 17 Akta SPRM 2009 dan Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 (AMLA). – 4 April, 2024

Topics

 

Hangat

Summoned five times: Nazri Aziz on facing US State Dept on Palestine, global issues

Former envoy shares how he used facts and United Nations’ principles to defend Malaysia’s independence

How will M’sia recoup US$248 mil from Riza Aziz after 1MDB suit withdrawal?: Guan Eng

Putrajaya, which entered a deal with Datuk Seri Najib Razak’s stepson as part of a global settlement on 1MDB asset recovery, must explain the public interest matter

[UPDATED] ASB 2 dividend hits 5.25 sen, ASM at 4.75 sen per unit

Amanah Saham Bumiputera 2 dividend stands at 5.25 sen per unit, while Amanah Saham Malaysia is at 4.75 sen per unit for the financial year ending March 31, 2024.

Related