Kanak-kanak alami luka pada gegendang telinga, bibir didera teman lelaki ibu

Suspek mengaku telah menampar pipi dan memulas kedua-dua telinga mangsa semasa berada di dalam kereta

3:32 PM MYT

 

KUALA LUMPUR — Seorang lelaki berusia 35 tahun ditahan reman seminggu selepas disyaki mendera anak perempuan kepada teman wanitanya yang berusia dua tahun, di dalam kereta di depan pasar raya Billion dekat Bahau, Negeri Sembilan.

Ketua Polis Daerah Jempol, Superintenden Hoo Chang Hook berkata, kejadian disedari pengadu iaitu nenek mangsa yang berusia 66 tahun selepas kanak-kanak itu dihantar pulang suspek pada jam 11 malam tadi.

Menurutnya, mangsa balik ke rumah dalam keadaan menangis dan pengadu mendapat tahu mangsa telah dibawa keluar oleh suspek pada jam 10.30 malam untuk membeli barang di pasar raya berkenaan tanpa kehadiran ibu mangsa.

“Pengadu kemudian buat pemeriksaan ke atas mangsa dan mendapati kesan luka pada bibir, kesan merah pada kedua-dua telinga dan kesan lebam pada lengan kiri mangsa.

“Pengadu cuba menghubungi ibu mangsa mahu bertanyakan apa yang berlaku namun gagal. Pengadu dapati ibu mangsa sudah keluar bersama suspek,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Chang Hook berkata, siasatan lanjut mendapati kejadian berlaku di dalam kereta milik suspek semasa berada di depan pasar raya tersebut.

Namun katanya, tiada saksi melihat kejadian dan tiada liputan kamera litar tertutup (CCTV) di tempat kejadian.

“Kejadian baru pertama kali berlaku. Pegawai perubatan Hospital Jempol mengesahkan mangsa mengalami kecederaan luka pada gegendang telinga kiri, lebam pada kedua-dua telinga, luka pada bibir bawah serta lebam pada muka dan lengan kiri.

“Mangsa telah dirujuk ke Hospital Kuala Pilah untuk pemeriksaan lanjut pada kecederaan dalam telinga,” katanya.

Katanya, suspek merupakan teman lelaki kepada ibu mangsa sejak tiga bulan lepas.

“Suspek mengaku telah menampar pipi dan memulas kedua-dua telinga mangsa semasa berada di dalam kereta. Kejadian berpunca kerana mangsa enggan mengikuti suspek keluar dari kereta dan mangsa menggigit jari telunjuk kiri suspek sehingga berdarah,” katanya.

Suspek telah dibawa ke Mahkamah Jelebu hari ini dan perintah reman diluluskan selama tujuh hari sehingga 10 April ini. – 4 April, 2024

Topics

 

Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Duck and cover? FashionValet bought Vivy’s 30 Maple for RM95 mil in 2018

Purchase of Duck's holding company which appears to be owned wholly by Datin Vivy Yusof and husband Datuk Fadzarudin Shah Anuar was made same year GLICs invested RM47 mil

Tennis star Kyrgios enjoys Raya with family in Malaysia

Born Nick Hilmy Kyrgios, he boasts Malaysian heritage through his mother, Norlaila – affectionately known as Nil. 

Related