PRK DUN Kuala Kubu Baharu ditetapkan 11 Mei, penamaan calon 27 April: SPR

Kerusi DUN Kuala Kubu Baharu kosong susulan kematian penyandangnya, Lee Kee Hiong, pada 21 Mac lepas

12:16 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari pengundian Pilihan Raya Kecil (PRK) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu pada 11 Mei ini.

Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Ghani Salleh berkata, tarikh penamaan calon dan pengundian awal bagi kerusi berkenaan ialah masing-masing pada 27 April dan 7 Mei ini.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat khas di Menara SPR, di sini bagi membincangkan tarikh-tarikh penting berkaitan PRK berkenaan.

Mesyuarat dipengerusikan Abdul Ghani yang bermula pada 10 pagi itu antaranya bagi menentukan tarikh-tarikh penting PRK berkenaan seperti tarikh writ pilihan raya, hari penamaan calon, hari pengundian dan daftar pemilih yang akan digunakan serta persiapan lain.

Mesyuarat turut dihadiri Timbalan Pengerusi SPR, Dr Azmi Sharom dan Setiausaha SPR, Datuk Ikmalrudin Ishak.

Pada 26 Mac lalu, Setiausaha SPR, Datuk Ikmalrudin Ishak memaklumkan mesyuarat khas itu diadakan selepas suruhanjaya menerima pemakluman rasmi daripada Speaker DUN Selangor, Lau Weng San berhubung kekosongan luar jangka kerusi N06 Kuala Kubu Baharu.

Ikmalrudin berkata, sebagaimana diperuntukkan di bawah Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Selangor 1959, Bab 5 Fasal (5) Perkara LXX, kekosongan luar jangka itu hendaklah diisi dalam tempoh 60 hari dari tarikh kekosongan itu berlaku dan disahkan oleh SPR.

Kerusi DUN Kuala Kubu Baharu kosong susulan kematian penyandangnya, Lee Kee Hiong, pada 21 Mac lepas.

Kee Hion, 58, yang menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kuala Kubu Baharu di bawah Parlimen Hulu Selangor sejak 2013 meninggal dunia selepas bergelut melawan kanser sejak beberapa tahun lepas. – 4 April, 2024

Topics

 

Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

FashionValet a loss-making entity before and after Khazanah, PNB’s RM47 mil investment

GLICs bought stakes in 2018, company records show total RM103.3 million losses after tax from 2017 to 2022

How is a ham sandwich ‘halal’? Akmal Saleh slams KK Mart outlet on UM campus

Umno Youth Chief says university students have lodged police reports over sandwich bearing halal stamp

Related