Anggota bomba kongsi kisah selamatkan 3 warga emas terperangkap sejam dalam lif, ‘mujur mereka kuat’

Situasi dialami tiga wanita itu disedari orang awam di situ yang kemudian melaporkannya kepada pihak bomba

9:00 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Perkongsian seorang anggota bomba mengenai misi pasukannya menyelamatkan tiga wanita warga emas yang berdepan detik cemas selepas terperangkap dalam lif sebuah masjid di Taman Tun Dr Ismail (TTDI) di sini, baru-baru ini menarik perhatian netizen.

Menerusi perkongsian video dimuatnaik di media sosialnya, anggota bomba menggunakan nama akaun WalyHashim itu berkata, warga emas terbabit memaklumkan mereka sudah berada dalam lif sejam selepas kemudahan berkenaan tidak bergerak akibat disambar petir.

“Alhamdulillah tiga orang nenek berjaya dikeluarkan. Itu pun ada orang perasan lif tak gerak.

“Rupanya dekat sejam dah lepas ada panahan petir, lif terus stuck (tak gerak),” katanya.

@walyhashim93

Alhamdulillah, 3orang nenek berjaya dikeluarkan. 😌 Itupun ada orang perasan lif tak gerak, rupanya dekat sejam dah lepas ada pahanan petir. Lif terus stuck 🥲 Bila kami datang check, rupanya ada orang. Mujur nenek2 tu kuat 💪🏻

♬ suara asli – DENII

Dia berkata, situasi dialami tiga wanita itu disedari orang awam di situ yang kemudian melaporkannya kepada pihak bomba.

Menurutnya, pasukannnya kemudian bergerak ke lokasi berkenaan untuk pemeriksaan.

“Bila kami datang check (periksa), rupanya ada orang. Mujur nenek-nenek tu kuat.

“Saya tanya, nek (nenek) dah berapa lama dalam lif? Dia cakap sejam. Dua orang tu dah lemah tapi alhamdulillah selamat,” katanya.

Perkongsian itu menerima 16,300 tanda suka dan ratusan komen selepas sehari dimuatnaik.

Di ruangan komen, rata-rata netizen bersyukur mangsa dapat diselamatkan walaupun terperangkap dalam tempoh lama, manakala sebahagian memuji kecekapan anggota bomba.

“Allahuakbar nek, sejam tu, kalau saya confirm tak boleh nafas dah, sihat selalu nek,” kata seorang pengguna.

“Nasib baik nenek tak collapse dalam tu, terima kasih encik bomba,” tulis individu lain.

“Kesiannya, mesti nenek-nenek tu takut kan, thank you abang-abang bomba berkhidmat untuk masyarakat, semoga abang-abang semua sihat sentiasa,” komen Aisya.

“Tiba-tiba rasa takut nak naik lif,” kata Flower.

Ada pula yang berkongsi pengalaman mereka terperangkap dalam lif yang menjadi momen menakutkan.

“Saya pernah terperangkap dalam lif masa tu pregnant enam bulan, dalam setengah jam juga, bertiga dengan uncle India, heboh dia tanya you ok adik, you ok adik, dia lah heboh tekan loceng kecemasan banyak kali,” kata RiRaiRa.

“Aku ingat lagi nightmare tahun 2020, masa tu kerja hantar makanan, pesanan akhir pukul 11 malam dan lepas hantar order, sangkut kat tingkat 23, lif blackout,” cerita seorang individu.

Manakala, ada antara netizen yang bertanya kepada WalyHashim apa harus dilakukan sekiranya berada dalam situasi lif rosak atau tersangkut.

“Macam kes tak ada elektrik di IOI Mall Putrajaya, lif akan stop juga ke,” soal Adel.

“Lif akan auto turun ke ground floor,” jawab WalyHashim. – 3 April, 2024

Topics

 

Hangat

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

‘Very hurtful’: Chief justice exposes legal failures driven by distorted Islamic views

Tun Tengku Maimun Tuan Mat laments misinterpretations of faith that distort justice in high-profile rulings, cites Indira Gandhi and Nik Elin Zurina cases

Related