Pengasas KK Mart menghadap Yang di-Pertuan Agong, mohon ampun atas isu stoking kalimah Allah

Beliau juga memohon maaf kepada seluruh umat Islam ketika diperkenan menghadap Sultan Ibrahim di Istana Negara

1:52 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Pengasas dan Pengerusi Eksekutif Kumpulan KK Supermart & Superstore Sdn Bhd, Datuk Seri KK Chai memohon ampun dan maaf kepada Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim serta seluruh umat Islam berhubung isu penjualan stoking tertera kalimah Allah.

Permohonan maaf itu dinyatakan beliau ketika diperkenan menghadap Seri Paduka di Istana Negara hari ini.

Menerusi hantaran di akaun Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, Yang di-Pertuan Agong berkenan menerima menghadap KK Chai di Istana Negara yang berlangsung selama 15 minit.

Seri Paduka bertitah menekankan semua pihak termasuk KK Mart supaya lebih berhati-hati terhadap produk yang dijual khususnya barangan import bagi mengelakkan perkara sedemikian berulang.

“Semua pihak mesti lebih bertanggungjawab. Jangan pisang berbuah dua kali dan saya harap ini kali terakhir saya perlu menegaskan perkara ini.

“Sekali lagi, saya tegaskan jangan ada pihak yang mengambil kesempatan ke atas perkara ini, termasuk menghasut rakyat. Saya tidak mahu perkara ini berlarutan,” titah Seri Paduka kepada Royal Press Office (RPO).

Pada 26 Mac lalu, Pengasas KK Mart itu dan isterinya mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini atas pertuduhan sengaja melukakan perasaan agama orang lain berhubung penjualan stoking tertera kalimah Allah.

Beliau dan Datin Seri Loh Siew Mui yang juga Pengerusi KK Supermart dan Superstore Sdn Bhd, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Muhamad Anas Mahadzir.

KK Mart menjadi tumpuan baru-baru ini susulan pendedahan isu beberapa pasang stoking tertera kalimah Allah dijual di sebuah rangkaiannya pada 13 Mac lalu.

Kelmarin, polis mengesahkan sebuah lagi cawangan kedai serbaneka KK Mart dekat Jalan Satok di Kuching, Sarawak dibaling bom petrol atau `molotov cocktail’.

Sebelum itu, sebuah lagi cawangan KK Mart di Sungai Isap Kuantan, yang baru dua minggu beroperasi, dilempar ‘molotov cocktail’ kira-kira pada jam 5.14 pagi Sabtu.

Berdasarkan kenyataan polis, ketika dua pekerja sedang berada di dalam premis tersebut, tiba-tiba berlaku satu balingan ‘molokov cocktail’ terbabit yang dilempar dari luar premis dan mencetuskan kebakaran kecil.

Insiden itu berlaku selang beberapa hari kedai serbaneka KK Mart di Jalan Bruseh, Bidor dibaling bom petrol pada 26 Mac lalu. – 3 April, 2024

Topics

 

Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

FashionValet a loss-making entity before and after Khazanah, PNB’s RM47 mil investment

GLICs bought stakes in 2018, company records show total RM103.3 million losses after tax from 2017 to 2022

[UPDATED] Petronas confirms ongoing productivity reviews to ‘eliminate inefficiencies’

Responding to Scoop, industry giant said it aims to become ‘operationally focused, commercially agile and cost-efficient’, but did not clarify if it is linked to Petros deal

Related