Dakwaan salah guna kuasa pegawai kanan: Muis buat laporan polis

Laporan polis itu untuk memastikan imej dan integriti Muis dalam urusan pentadbirannya, kekal bersih tanpa ada sebarang unsur salah guna kuasa seperti didakwa

1:12 PM MYT

 

KOTA KINABALU – Majlis Ugama Islam Sabah (Muis) membuat laporan polis berhubung dakwaan wujud salah guna kuasa dalam pentadbiran badan itu.

Yang Dipertuanya, Datuk Yahya Husin berkata, laporan pada 28 Mac lalu itu dibuat untuk pihak polis menjalankan siasatan lanjut, memandangkan tuduhan dilemparkan terhadap Muis terbabit, tidak berasas dan fitnah.

“Pihak Muis sentiasa terbuka terhadap sebarang proses siasatan pihak berkuasa, sama ada Polis Diraja Malaysia (PDRM) atau Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

“Hal ini untuk memastikan imej dan integriti Muis dalam urusan pentadbirannya, kekal bersih tanpa ada sebarang unsur salah guna kuasa seperti didakwa,” katanya menerusi kenyataan.

Yahya berkata, Surat Tuntutan Peguam sudah dihantar kepada penyebar tuduhan itu semalam dengan antara kandungannya, menuntut permohonan maaf secara terbuka kepada pihak Muis dalam tempoh 24 jam.

Sekiranya pihak berkenaan gagal berbuat demikian, katanya, saman akan difailkan serta-merta terhadap penyebar tuduhan terbabit bagi menuntut keadilan.

Baru-baru ini, tular di laman media sosial dakwaan seorang pegawai kanan Muis memberikan arahan supaya pembayaran bonus kakitangan dibuat menggunakan Tabung Zakat tanpa proses kelulusan.

Dakwaan itu turut mengatakan bahawa pegawai kanan terbabit mengarahkan pemindahan wang Tabung Zakat ke Tabung Am (Pengurusan) sebanyak RM14 juta, juga tanpa proses kelulusan.

Dalam pada itu, Yahya berkata, pembahagian wang zakat tahun lalu, menunjukkan jumlah kutipan RM141,181,101.74 yang dibahagikan kepada golongan asnaf, dengan 91,060 penerima.

“Penerima ini terdiri daripada golongan fakir, iaitu sebanyak 41.1 peratus, fisabilillah (17.9 peratus), al-Riqab (17.6 peratus), golongan miskin (11.1 peratus), amil (sembilan peratus), mualaf (2.8 peratus), al-Gharimin (0.3 peratus) dan Ibnu Sabil (0.2 peratus).” katanya. – 3 April, 2024

Topics

 

Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Duck and cover? FashionValet bought Vivy’s 30 Maple for RM95 mil in 2018

Purchase of Duck's holding company which appears to be owned wholly by Datin Vivy Yusof and husband Datuk Fadzarudin Shah Anuar was made same year GLICs invested RM47 mil

Tennis star Kyrgios enjoys Raya with family in Malaysia

Born Nick Hilmy Kyrgios, he boasts Malaysian heritage through his mother, Norlaila – affectionately known as Nil. 

Related