Terlibat kemalangan bersama keluarga, Adun Endau terima 19 jahitan

Kejadian dipercayai berlaku apabila kenderaan yang dipandu suami Alwiyah Talib yang dalam perjalanan dari Johor Bahru ke Mersing hilang kawalan lalu terbabas ke tepi jalan

2:01 PM MYT

 

MERSING – Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Endau, Alwiyah Talib cedera di mulut dan dagu akibat kemalangan di kilometer (km) 28 Jalan Kota Tinggi-Mersing, semalam.

Ketua Polis Daerah Mersing, Superintendan Abdul Razak Abdullah Sani berkata, pihaknya dimaklumkan tentang kejadian kira-kira 5.30 petang dan Alwiyah menerima 13 jahitan dalam mulut serta enam jahitan pada bahagian dagu.

Beliau berkata, kejadian dipercayai berlaku apabila kenderaan pelbagai guna (MPV) Nissan Serena dipandu suami Alwiyah yang dalam perjalanan dari Johor Bahru ke Mersing hilang kawalan lalu terbabas ke tepi jalan.

“Kenderaan itu dinaiki Alwiyah bersama-sama enam ahli keluarganya.

“Akibat kemalangan, Alwiyah cedera pada bahagian dagu dan mulut serta menerima 19 jahitan ketika dirawat di Hospital Mersing,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Abdul Razak mangsa yang lain tidak cedera.

Pegawai Khas Alwiyah, Muhamad Amerul Muhamad dalam hantaran menerusi Facebook memaklumkan Adun Endau itu diberikan sijil cuti sakit selama sembilan hari, bermula semalam.

“Justeru, segala jemputan dan program yang telah diatur di dalam jadual tidak dapat dihadiri oleh YB (Alwiyah).

“Beliau juga mendoakan agar program tersebut berjalan lancar serta menyampaikan salam takzim kepada semua,” menurut hantaran itu. – 2 April, 2024

Topics

 

Hangat

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

New MM2H rules: reduced deposits and age limits for special economic zone applicants

They must only be 21 years old, deposit US$65,000 in Malaysian bank, half of which can be withdrawn under certain conditions after approval

Related