Tiada rumah terbuka Aidilfitri di Seri Perdana tahun ini: PM

Datuk Seri Anwar Ibrahim turut menggesa semua agensi dan kementerian agar tidak bermegah dalam mengadakan majlis sambutan Aidilfitri

12:08 PM MYT

 

PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak bercadang untuk membuat sebarang majlis sambutan Aidilfitri di kediaman rasminya di Seri Perdana tahun ini, sebaliknya hanya mahu mengikuti sambutan anjuran kementerian di negeri-negeri.

Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata, kerajaan harus mengamalkan langkah berjimat cermat, dan beliau mahu supaya tindakan itu dicontohi oleh agensi-agensi kerajaan yang lain

Sehubungan itu beliau menggesa setiap agensi dan kementerian, terutama sekali Kementerian Kewangan agar tidak bermegah dalam mengadakan majlis sambutan Aidilfitri yang bakal diraikan tidak lama lagi.

“Janganlah bersaing siapa lebih megah… bukan duit kamu pun,” beliau berkata ketika berucap pada perhimpunan warga Kementerian Kewangan di sini, hari ini.

Sementara itu Anwar berkata, keputusan kerajaan memberikan Bantuan Khas Kewangan (BKK) Aidilfitri kepada penjawat awam dibuat selepas mengambil kira kos sara hidup yang diakui sedikit meningkat ketika ini, selain memenuhi keperluan untuk menyambut Aidilfitri.

“Malam (Ahad) saya fikir (mengenai BKK itu) dan nak tidur pun terganggu. Jadi saya fikir bagi jelah sikit kurang-kurang reda sikit (beban) dan kerja pun semangat. Harap kita belanja dengan cermat dan berhemat.

Anwar mengakui agihan bantuan RM2,000 (Bayaran Insentif Awal Kajian Sistem Saraan Perkhidmatan Awam) kepada penjawat awam bulan lepas, tidak dapat menampung keperluan sedia ada.

“Saya telah jelajah ke Sarawak, Pahang, Perak dan Perlis, saya lihat masih ada penjawat awam di peringkat bawah mengeluh kerana kos sara hidup yang meningkat sedikit,” katanya.

Semalam Anwar mengumumkan BKK Aidilfitri RM500 kepada penjawat awam Gred 56 ke bawah yang akan dibayar pada Jumaat ini, di samping BKK Aidilfitri RM250 kepada semua pesara kerajaan termasuk veteran berpencen serta tidak berpencen.

Anwar seterusnya menggesa semua agensi, badan-badan berkanun kerajaan dan syarikat-syarikat berkaitan kerajaan untuk mengumumkan bantuan sama kepada pekerja mereka.

“Kalau boleh bagilah pertimbangan untuk ratusan ribu pekerja di bawah supaya mereka dapat habuan untuk meringankan beban bagi sambut Aidilfitri,” katanya.

Topics

 

Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

The North Face bids farewell to Malaysia with 60% clearance sale

Beloved outdoor brand announces closure of its seven retail outlets, leaving fans saddened, with many expressing their feelings on social media

Related