Wanita kecewa beli karipap sayur tapi dapat inti ‘frozen veggies’ tanpa perasa

9:00 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Kisah ‘tertipu’ dengan peniaga bazar Ramadan bukanlah perkara baru, malah tahun ini ramai netizen berkongsi kekecewaan mengenai juadah dibeli mereka.

Terbaharu, kecoh apabila seorang pengguna di aplikasi X (dahulunya Twitter) @KittyCathooman berkongsikan mengenai karipap sayur yang dibelinya.

Katanya, karipap itu bukan sahaja mengandungi frozen veggies (sayur campur sejuk beku) yang tidak dimasak, tetapi tiada sebarang tumisan rempah kari yang kebiasaannya digunakan sebagai inti dalam makanan tersebut.

“Apa si** niaga macam ni. Dia cakap karipap sayur weh!! Aku balik makan inti dia frozen veggies!

“Semoga ada neraka khas untuk peniaga bazar Ramadan yang meniaga macam ni,” katanya yang turut berkongsi gambar karipap tersebut.

Memperincikan dengan lebih lanjut, wanita itu berkata, karipap tersebut tidak dicampur dengan sebarang perasa, sebaliknya hanya mengandungi sayur sejuk beku semata-semata.

Lebih mengecewakan, katanya, sayur campur sejuk beku itu juga tidak digoreng terlebih dahulu sebelum dijadikan inti.

End up, inti tu beku kering lagi. Kering sangat… kalau epok-epok pun taklah kering dan keras intinya kan,” katanya.

Rata-rata netizen bersimpati dengan nasib wanita itu dan menyarankan agar dia kembali ke kedai terbabit untuk memaklumkan peniaga tersebut mengenai penipuan dilakukannya.

“Aku kalau orang niaga begini, selalunya aku pergi balik kedai tu esoknya. Tak boleh betul aku kalau orang meniaga macam gampang ni,” kata @fear_inoculom.

“Aku nak tengok apa terjadi bila kau pergi kedai tu balik. Aku sakit hati juga ni tengok,” kata @chadolae.

Namun, tak kurang juga yang bergurau menyifatkan karipap itu memenuhi kriteria sebagai karipap sayur kerana mengandungi sayur-sayuran seperti karot dan kacang pea.

“Dia tak tipu la kan. Cuma mungkin tak menepati ‘piawai sirim’. What is frozen veggies? (Apa itu sayur campur sejuk beku). Sayur kan?” komen @MuhammadFaezee. – 2 April, 2024

Topics

 

Hangat

Let us not forget our unsung heroes – Ravindran Raman Kutty

We must recognise the many ordinary Malaysians doing extraordinary things

Tiong King Sing gets feet wet to aid victims as over 1,000 evacuated in Sarawak floods

Women, Family & Community Development Minister Datuk Seri Nancy Shukri says assistance was immediately mobilised on first day of Chinese New Year

Vehicles plough into pedestrians in vicious hit-and-run attack near Old Klang Road

Two individuals left injured as sedan and pickup truck deliberately ram into group, police probe attempted murder

Related