Salah lapor titah Sultan Pahang, portal berita berdepan tindakan tegas: Fahmi

Pengamal media diingatkan tidak sesekali memandang remeh isu 3R iaitu agama, kaum dan raja

8:34 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Kementerian Komunikasi memandang serius kenyataan media Pejabat Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah yang menzahirkan dukacita berhubung laporan sebuah portal bertajuk ‘Sultan Pahang beri amaran terhadap amalan bawaan PAS.’

Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, siasatan terperinci dan tindakan tegas yang sewajarnya akan diambil terhadap portal berkenaan.

“Ini juga adalah peringatan kepada semua pihak tidak kira media elektronik, cetak, portal, mahupun platform media sosial agar tidak sesekali memandang remeh isu 3R (agama, kaum dan raja),” katanya kepada Bernama.

Terdahulu, Al-Sultan Abdullah menzahirkan rasa dukacita dan kecewa berhubung laporan itu yang disiarkan Jumaat lepas.

Pengelola Bijaya Diraja Utama Sultan Pahang, Mejar Jeneral Datuk Mohamed Zahari Yahya berkata, baginda bertitah laporan itu ternyata bersifat fitnah dan boleh memberikan implikasi negatif sehingga mampu mendorong kepada suasana tidak harmoni dalam masyarakat.

Beliau berkata, baginda turut mengingatkan semua pengamal media sama ada media cetak atau media elektronik untuk meneliti serta memperhalusi setiap berita sebelum membuat interpretasi yang boleh menyimpang atau tersasar daripada maksud sebenar. – 1 April, 2024

Topics

 

Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

Duck and cover? FashionValet bought Vivy’s 30 Maple for RM95 mil in 2018

Purchase of Duck's holding company which appears to be owned wholly by Datin Vivy Yusof and husband Datuk Fadzarudin Shah Anuar was made same year GLICs invested RM47 mil

Related