1,100 orang terima sumbangan Aidilfitri Yayasan MRCB

Mereka terdiri daripada ibu tunggal, asnaf, anak yatim, sekolah tahfiz dan keluarga angkatan Tentera Darat, Kem Sungai Besi

9:35 PM MYT

 

KUALA LUMPUR — Yayasan Malaysian Resources Corporation Bhd (MRCB) meneruskan pemberian sumbangan Aidilfitri dengan agihan kepada 1,100 penerima, hari ini.

Mereka terdiri daripada ibu tunggal, asnaf, anak yatim, sekolah tahfiz dan keluarga angkatan Tentera Darat, Kem Sungai Besi.

Berlangsung di Masjid Thoriq Bin Ziyad, Pangkalan Tentera Darat, Kem Sungai Besi, majlis disempurnakan Ahli Parlimen Bandar Tun Razak, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Turut bersama Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menyampaikan sumbangan ialah Naib Presiden Eksekutif MRCB, Datuk Ishak Mohamed. Majlis malam ini merupakan kerjasama antara Yayasan MRCB dan Pejabat Ahli Parlimen Bandar Tun Razak – Abdul Razak Latif/Scoop, 31 Mac, 2024

Sumbangan berupa wang tunai itu bagi meringankan beban penerima untuk menyambut Aidilfitri tidak lama lagi.

Ia merupakan kerjasama antara Yayasan MRCB dan Pejabat Ahli Parlimen Bandar Tun Razak.

Majlis tersebut dihadiri Timbalan Menteri Pertahanan, Adly Zahari; Pengerusi Yayasan MRCB, Datin Jasmine Abdullah Heng; Setiausaha Politik Perdana Menteri, Datuk Azman Abidin serta Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi, Datuk Mohamad Fauzi Md Isa dan Pengarah Urusan Kumpulan MRCB, Datuk Imran Salim.

Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menyampaikan sumbangan kepada penerima pada Majlis Berbuka Puasa dan Penyampaian Sumbangan Hari Raya Aidilfitri di Masjid Thoriq Bin Ziyad Kem Sungai Besi. Turut bersamanya, Pengerusi Yayasan MRCB, Datin Jasmine Abdullah Heng dan Naib Presiden Eksekutif MRCB, Datuk Ishak Mohamed – Abdul Razak Latif/Scoop, 31 Mac, 2024

Terdahulu dalam ucapannya, Dr Wan Azizah berkata, majlis berkenaan amat bermakna kerana selain penyampaian sumbangan, ia diadakan sekali dengan majlis berbuka puasa.

Beliau mengucapkan terima kasih kepada Yayasan MRCB yang sudi bekerjasama dengan Pejabat Ahli Parlimen Bandar Tun Razak bagi menjayakan program berkenaan.

“Semoga sumbangan yang diberikan ini sedikit sebanyak dapat membantu dalam persediaan Aidilfitri,” katanya. – 31 Mac, 2024

Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dalam ucapannya berterima kasih kepada Yayasan MRCB kerana sudi bekerjasama dengan Pejabat Ahli Parlimen Bandar Tun Razak bagi menjayakan program malam ini yang sedikit sebanyak dapat membantu dalam persediaan Aidilfitri – Abdul Razak Latif/Scoop, 31 Mac, 2024

Topics

Hangat

Mamak restaurants’ group to sue TikTok user for defaming industry

The Malaysian Muslim Restaurant Owners’ Association (Presma) will proceed with suing a TikTok user for making defamatory claims about food preparation and cleanliness at mamak restaurants.

[UPDATED] Desperate, doomed move: Lokman Adam claims Daim, Dr Mahathir behind Langkah Dubai  

Langkah Dubai, a move by the opposition to topple Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim’s administration, is allegedly masterminded by former prime minister Tun Dr Mahathir Mohamad and his right-hand man Tun Daim Zainuddin.

Rape allegations at centre of preacher Zamri Vinoth’s defamation trial

Witness for defence claims in her testimony that preacher had raped her at his Rahang home in 2018

Related