Ada hati naikkan tarif padahal air pun takdok: Penduduk Tumpat, Pasir Mas berang gangguan air semasa Aidilfitri

Penduduk di kawasan itu menyifatkan ia sebagai skrip sama yang diulang semula dari dulu, kini dan akan datang

3:49 PM MYT

 

KUALA LUMPUR — Pengumuman Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB) mengenai gangguan bekalan air di Tumpat dan Pasir Mas melibatkan lebih 48,000 rumah mengundang kecaman kerana ia berlaku tatkala umat Islam bakal menyambut Hari Raya Aidilfitri.

Rata-rata penduduk meluahkan kemarahan tersebut menerusi media sosial kerana kerja pembaikan dan penyelenggaraan dijangka selesai pada 15 April, sedangkan Hari Raya dijangka 10 April ini.

Ditambah dengan seminggu cuti perayaan selama seminggu, penduduk tidak percaya gangguan itu akan dapat diselesaikan selepas 15 April.

Malah mereka menyifatkan ia sebagai skrip sama yang diulang semula dari dulu, kini dan akan datang.

Berdasarkan pengumuman yang dibuat dalam laman web AKSB semalam, pengurangan air mentah dilaporkan berlaku di Loji Rawatan Air (LRA) Kelar, Pasir Mas disebabkan paras air di muka sauh Sungai Kelar menyusut akibat kemarau.

Pengumuman yang dibuat menerusi Facebook Air Kelantan Official’s Post itu dihujani dengan kemarahan dan kekecewaan penduduk dengan ramai yang mempersoalkan kenapa kerajaan negeri tidak pernah mengambil iktibar daripada keadaan kemarau sebelum ini.

Malah nama Ahli Parlimen Pasir Mas, Fadhli Shaari turut ‘diseru’ oleh penduduk di Pasir Mas yang mahukan penyelesaian segera, dalam keadaan mereka sedang membuat persiapan menyambut Aidilfitri.

Salah seorang warga maya yang berang dengan situasi berkenaan, Rosmanizan Ab Aziz memaklumkan keadaan itu sudah berlarutan selama berpuluh-puluh tahun.

“Tak apalah, kita pakai air telaga ja,’’ katanya dalam nada kecewa.

Sementara Khan Aimon pula mempersoalkan mengenai penyelesaian kepada keadaan berkenaan sedangkan kemarau berlaku setiap tahun dan air di LRA Kelar sering kering.

“Pelik, tengok air Sungai Kelar tak la kering teruk. Ini yang nak tanya AKSB, tolong jawab,’’ ulasnya.

Sementara Hisham Suri pula secara sindiran meletakkan gangguan air itu sebagai salah DAP.

Tidak kurang pula yang tidak berpuas hati kerana tarif air di negeri itu dinaikkan sebanyak 23 sen bagi setiap satu meter padu berkuatkuasa 1 Februari lalu namun gangguan air masih berlaku.

“Ada hati naikkan tarif padahal air pun takdok,’’ kata Evenstar menerusi Aplikasi X.

Masalah ketiadaan air atau terputus bekalan bukan perkara baharu di Kelantan bahkan sudah berlanjutan sejak sekian lama.

Tambah mengecewakan mereka ialah sebelum ini, AKSB meuar-uarkan bahawa pelarasan tarif air akan dapat meningkatkan pendapatannya untuk digunakan bagi operasi dan kerja-kerja pembangunan infrastruktur, naik taraf, baik pulih serta penyelenggaraan, namun penduduk masih mengalami gangguan bekalan air. – 31 Mac, 2024

Topics

Hangat

Mamak restaurants’ group to sue TikTok user for defaming industry

The Malaysian Muslim Restaurant Owners’ Association (Presma) will proceed with suing a TikTok user for making defamatory claims about food preparation and cleanliness at mamak restaurants.

Zii Jia’s payment sponsorship-based, not for national representation, says BAM admin head

This as badminton body’s sponsors differ from star shuttler’s, says Michelle Chai

Bar Council’s challenge of Pardons Board decision to reduce Najib’s sentence is ‘unprecedented’: Hamid Sultan

Retired judge says he has never heard of an attempt to impair a prisoner's constitutional rights, or an injunction to restrict their rights

Related