Mindef, KDN jalin kerjasama perkongsian maklumat susulan penahanan lelaki Israel

Suspek kini ditahan reman selama empat hari hingga 31 Mac

11:51 PM MYT

 

KOTA BHARU — Kementerian Pertahanan (Mindef) akan bekerjasama dengan Kementerian Dalam Negeri (KDN) susulan penahanan seorang lelaki warga Israel bersama enam pucuk pistol dan 200 butir peluru di sebuah hotel di Jalan Ampang, Kuala Lumpur pada Rabu lepas.

Timbalan Menteri Pertahanan Adly Zahari berkata kerjasama itu antara lain melibatkan perkongsian maklumat.

“Walaupun kes itu di bawah tanggungjawab KDN, kita Mindef sentiasa terbuka untuk bekerjasama dalam semua aspek,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas penahanan warga Israel itu selepas Majlis Temu Rapat Madani Nelayan Veteran Angkatan Tentera Kelantan di sini malam ini.

Semalam, Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain berkata lelaki berusia 36 tahun itu dipercayai memasuki Malaysia pada 12 Mac lepas menggunakan pasport Perancis dari Emiriah Arab Bersatu.

Suspek kini ditahan reman selama empat hari hingga 31 Mac dan kes disiasat mengikut Seksyen 12 Akta Pasport 1966 serta Seksyen 7 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971. – 30 Mac, 2024

Topics

 

Hangat

IS launched ‘official’ Malay media group with IED drone manual, firm warns

An international security think tank has warned of the Islamic State terrorist group's latest tactic to expand its influence in Malaysia.  

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

Duck and cover? FashionValet bought Vivy’s 30 Maple for RM95 mil in 2018

Purchase of Duck's holding company which appears to be owned wholly by Datin Vivy Yusof and husband Datuk Fadzarudin Shah Anuar was made same year GLICs invested RM47 mil

Related