Insiden lempar bola api ke KK Mart, jangan ambil tindakan sendiri: PM

Perdana Menteri menegaskan orang awam perlu menghormati dan mematuhi proses perundangan jika terdapat sebarang salah laku

9:40 PM MYT

 

KOTA SAMARAHAN — Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan semua pihak agar tidak mengambil tindakan sendiri susulan insiden melempar bola api ke kedai serbaneka KK Mart Sungai Isap di Kuantan pada 5 pagi tadi.

Beliau berkata sebaliknya orang awam perlu menghormati dan mematuhi proses perundangan jika terdapat sebarang salah laku.

“Kita akan bertindak terhadap orang yang melakukan tindakan (lempar bola api itu) terutama yang melibatkan keganasan.

“Negara ini negara aman. Jangan guna isu kaum atau agama untuk memporak-perandakan (negara). Saya juga telah beritahu pihak polis supaya tidak bertolak ansur sama sekali dalam perkara ini,” katanya selepas menghadiri Majlis Berbuka Puasa Madani Sarawak 2024 di sini hari ini.

Insiden di KK Mart Sungai Isap telah menyebabkan kebakaran kecil di hadapan pintu masuk kedai serbaneka itu.

Sebelum ini cawangan KK Mart di Jalan Bruseh, Bidor, Perak turut mengalami nasib serupa.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail hari ini berkata polis akan mengerah seluruh kekuatan bagi mengawal dan mengekalkan ketenteraman awam di Malaysia susulan insiden tersebut.

Sementara itu, mengulas mengenai pendaftaran sistem Pangkalan Data Utama (PADU) di Sarawak, Perdana Menteri berkata segala isu berbangkit boleh dibincang dengan baik.

“Pendaftaran PADU di Sarawak baik, perbincangan juga baik. Terdapat beberapa kebimbangan yang kita terima dan kita akan tangani dengan baik, semua isu boleh dibincangkan dengan baik,” kata beliau. – 30 Mac, 2024

Topics

 

Hangat

New MM2H rules: reduced deposits and age limits for special economic zone applicants

They must only be 21 years old, deposit US$65,000 in Malaysian bank, half of which can be withdrawn under certain conditions after approval

‘Very hurtful’: Chief justice exposes legal failures driven by distorted Islamic views

Tun Tengku Maimun Tuan Mat laments misinterpretations of faith that distort justice in high-profile rulings, cites Indira Gandhi and Nik Elin Zurina cases

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

Related