RM500,000 tidak dituntut? Polis akan laksanakan prosedur lupus harta

Setakat hari ini, pengarah syarikat yang mendakwa sebagai pemilik wang itu masih lagi gagal untuk tampil memberi keterangannya

4:36 PM MYT

 

SHAH ALAM – Polis akan melaksanakan prosedur pelupusan harta tidak dituntut sekiranya masih tiada pihak yang tampil menuntut wang tunai lebih RM500,000 dalam bagasi yang ditemukan di tempat letak kereta di sebuah pusat beli-belah di Damansara baru-baru ini.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, setakat hari ini, pengarah syarikat yang mendakwa sebagai pemilik wang itu masih lagi gagal untuk tampil memberi keterangannya.

“Masalah sekarang pemilik masih tidak datang walaupun berjanji untuk datang oleh kerana dia dah dakwa wang itu milik syarikatnya.

“Sekiranya masih tiada yang menuntut, kita ada prosedur untuk lupuskan harta yang tidak dituntut dan kita akan iklan di media, sekiranya tidak ada tuntutan dibuat dalam tempoh diiklankan itu, ia akan pergi ke Perbendaharaan kerajaan,” katanya pada sidang media di sini hari ini.

Selain itu beliau berkata, polis masih menjalankan siasatan secara dalaman termasuk pengesanan cap jari pada wang tunai itu, dan sama ada bahan dadah terlarang terdapat pada not tunai itu.

“Polis pun ingin tahu juga macam mana duit itu boleh ada di situ, siapa punya, apa yang sebenarnya berlaku dan juga bagaimana transaksi duit.

“Cuma pada bagasi, ia dah dipegang pengawal keselamatan, jadi mengganggu pengesanan cap jari sebelum itu,” katanya.

Semalam pada sidang medianya, Hussein berkata, pengarah syarikat terbabit dijangka tampil ke Balai Polis Damansara bagi memberi keterangan selepas gagal berbuat demikian sebelum ini atas pelbagai alasan.

“Sebagaimana yang saya maklum sebelum ini, kita ada terima aduan daripada individu itu pada 21 Mac lepas yang berjanji untuk hadir ke balai bagi memberi keterangan selepas mengaku bagasi berkenaan milik syarikatnya,” katanya.

Sebelum ini, media melaporkan seorang pengawal keselamatan berusia 30-an menemukan sebuah bagasi berwarna merah jambu dan putih bersaiz sederhana berisi wang kertas RM50 dan RM100 dengan jumlah keseluruhan melebihi RM500,000. – 30 Mac, 2024

Topics

 

Hangat

FashionValet a loss-making entity before and after Khazanah, PNB’s RM47 mil investment

GLICs bought stakes in 2018, company records show total RM103.3 million losses after tax from 2017 to 2022

Dublin-based M’sian child psychiatrist who groomed, sexually abused teen jailed for 8.5 years

Amirul Arif Mohd Yunos pleads guilty to six charges of sexual crimes against minor, banned from practising the field in Ireland from now on

Regulating social media to protect children is a multi-agency effort, groups tell MCMC

Children’s issues cover many facets thus their digital rights and freedom of expression must not be restricted in the process of licensing platforms  

Related