Kemalangan di Lake Tekapo, New Zealand: Dua pelajar Malaysia terkorban

Tiga lagi cedera dan diterbangkan ke Hospital Christchurch, untuk mendapatkan rawatan segera

1:59 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Dua pelajar Malaysia terkorban manakala tiga lagi cedera dalam kemalangan jalan raya di Lake Tekapo, New Zealand.

Kementerian Luar Negeri berkata, kejadian berlaku pada jam 1.45 petang tadi waktu tempatan (8.45 pagi waktu Malaysia).

“Dua orang daripada mangsa dilaporkan terkorban di tempat kejadian manakala tiga orang lagi telah diterbangkan ke Hospital Christchurch, South Islands, New Zealand untuk mendapatkan rawatan segera.

“Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Wellington dengan bantuan komuniti Malaysia di Christchurch sedang menghulurkan bantuan konsular sewajarnya kepada mangsa dan ahli keluarga bagi memastikan pengurusan kebajikan kesemua mangsa berjalan dengan lancar.

“Kementerian Luar Negeri dan Suruhanjaya Tinggi Malaysia sedia membantu sekiranya pihak waris membuat keputusan untuk membawa pulang jenazah ke Malaysia,” katanya dalam kenyataan.

Kementerian Luar Negeri juga ingin merakamkan ucapan takziah kepada ahli keluarga mangsa yang terlibat dalam insiden ini.

Rakyat Malaysia yang memerlukan sebarang bantuan konsular boleh berhubung terus dengan Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Wellington seperti berikut: Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Wellington, 10 Washington Avenue, Brooklyn, PO Box 9422, Wellington; Telefon: +64-4-3852439 / +64-210440188 (untuk kecemasan) atau e-mel: [email protected].

Dalam pada itu polis New Zealand memaklumkan, kemalangan tersebut melibatkan dua kenderaan dan sebuah motosikal di antara Hayman Road dan Tekapo Canal Road.

Selain dua pelajar terbabit, seorang lagi mangsa yang juga penunggang motosikal terbabit, turut meninggal dunia di lokasi kejadian.

Scoop sedang mendapatkan maklumat lanjut mengenai identiti pelajar berkenaan. – 30 Mac, 2024

Topics

 

Hangat

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

‘Very hurtful’: Chief justice exposes legal failures driven by distorted Islamic views

Tun Tengku Maimun Tuan Mat laments misinterpretations of faith that distort justice in high-profile rulings, cites Indira Gandhi and Nik Elin Zurina cases

Related