Kedai serbaneka KK Mart di Kuantan diserang molotov cocktail

Kedai tersebut baharu beroperasi dua minggu di Sungai Isap, Kuantan

1:27 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Sebuah kedai serbaneka KK Mart yang baharu beroperasi dua minggu lalu di Sungai Isap, Kuantan, Pahang diserang dengan ‘molotov cocktail’ pada jam 5.14 pagi tadi.

Perkara itu disahkan Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Wan Mohd Zahari Wan Busu.

Menurut beliau, kejadian itu menyebabkan berlaku kebakaran kecil di bahagian pintu masuk kedai serbaneka terbabit.

“Pada jam 5.40 pagi tadi, kita telah menerima panggilan dari seorang wanita memaklumkan terdapat individu yang tidak dikenal pasti telah melempar botol molotov cocktail hingga menyebabkan kebakaran di bahagian pintu masuk KK Mart Sungai Isap, Kuantan.

“Siasatan mendapati kejadian berlaku pada jam 5.14 pagi di mana pada masa kejadian terdapat seorang juruwang wanita berada di kaunter bayaran sedang bersahur manakala seorang lagi pekerja lelaki sedang menyusun barang di rak bahagian belakang.

“Pada masa itu, secara tiba-tiba saksi terkejut kerana satu molotov cocktail dilempar dari luar premis dan betul-betul jatuh di atas karpet laluan masuk ke dalam KK Mart hingga tercetus kebakaran kecil,” katanya dalam kenyataan.

Beliau menambah, saksi panik dan terus mengambil alat pemadam api lalu cuba memadamkan api daripada terus merebak dan api berjaya dipadamkan.

Dalam masa yang sama katanya, rakan saksi terus menghubungi majikannya sebelum majikan menghubungi Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan dan pihak Bomba.

“Ekoran kejadian, terdapat empat rak jualan dalam premis KK Mart termasuk beberapa barang jualan telah mengalami sedikit kerosakan akibat terkena percikan api.

“Premis KK Mart ini baru beroperasi selama dua minggu. Di sebelah kiri dan kanan premis berkenaan adalah kedai hardware dan Arabian Market. Pegawai Penyiasat akan meneliti semula rakaman CCTV di premis bersebelahan bagi mengenal pasti atau mendapatkan maklumat tambahan berkaitan saspek,” katanya.

Tambahnya, pihak forensik di Ibu pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pahang turut dipanggil bagi membantu siasatan di lokasi kejadian dan bagi mendapatkan bukti dalam melengkapkan siasatan.

“Kejadian dipercayai berpunca daripada isu penjualan stokin tertera kalimah Allah yang terkait dengan pasar raya KK Mart sebelum ini hingga suspek melakukan perbuatan khianat tersebut.

“Tiada kemalangan jiwa berlaku dan ekoran kejadian ini Kedai Serbaneka KK Mart berkenaan mengalami kerugian dianggarkan sebanyak RM500 akibat perbuatan khianat tersebut,” katanya.

Kes disiasat di bawah Seksyen 435 Kanun Keseksaan. – 30 Mac, 2024

Topics

 

Hangat

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

‘Very hurtful’: Chief justice exposes legal failures driven by distorted Islamic views

Tun Tengku Maimun Tuan Mat laments misinterpretations of faith that distort justice in high-profile rulings, cites Indira Gandhi and Nik Elin Zurina cases

Related