IOI City Mall ditutup sehari, TNB perlukan masa tambahan pulih gangguan elektrik

Bagaimanapun, TNB tidak dapat memberi jaminan bila mereka akan dapat memulihkan bekalan elektrik berikutan kerumitan isu

4:13 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Pusat beli-belah IOI City Mall, Putrajaya akan ditutup untuk orang ramai hari ini kerana Tenaga Nasional Bhd (TNB) mungkin memerlukan masa tambahan untuk memulihkan gangguan elektrik di premis berkenaan.

Pihak pengurusan pusat beli-belah itu dalam satu kenyataan terbaru memaklumkan, TNB sudah mengenal pasti pelbagai kerosakan dan kini sedang berusaha untuk memulihkannya.

“Bagaimanapun, TNB tidak dapat memberi jaminan bila mereka akan dapat memulihkan bekalan elektrik berikutan kerumitan isu.

“Oleh itu, demi kepentingan terbaik semua penyewa dan pelanggan kami, pusat beli-belah ini tidak akan beroperasi hari ini bagi membolehkan TNB melaksanakan kerja-kerja pembaikan.

“Kami berterima kasih atas kesabaran dan keprihatinan anda serta berharap untuk mengalu-alukan kedatangan anda tidak lama lagi,” katanya.

Awal hari ini, Scoop melaporkan pusat beli-belah itu ditutup sementara kerana gangguan elektrik dan dijangka beroperasi semula antara jam 1 tengah hari hingga 5 petang ini.

Gangguan itu dipercayai berlaku pada jam 12.45 tengah malam tadi berikutan gangguan elektrik di loji TNB yang membekalkan bekalan elektrik ke pusat beli-belah itu.

Sementara itu, TNB mengesahkan gangguan elektrik itu berpunca daripada kerosakan pada kabel masuk yang terletak dua kilometer dari premis tersebut. – 28 Mac, 2024

Topics

 

Hangat

Ex-national basketball player arrested for alleged sexual harassment against students

Cheras top cop confirms source's claims, says 36-year-old suspect also has multiple simillar reports lodged against him before; source questions why MoE allowed him to teach

Anwar’s plan: protecting Petronas and restoring the ringgit – Tuan Muda

How the prime minister’s reforms are taking shape in crucial institutions

Umno on life support: time for Anwar to pull the plug and bury the loonies – Tuan Muda

The writer doesn't mince his words when he calls for curtains on Malaysia's once premier Malay party

Related