Arus deras, penglihatan terhad sukarkan pencarian kotak hitam helikopter Maritim Malaysia

Pencarian kali ini memfokuskan keluasan lokasi kotak hitam berkenaan antara 50 sehingga 100 meter radius berpandukan signal daripada ‘pinger’

11:48 AM MYT

 

KUALA LUMPUR — Keadaan arus deras di dasar laut selain jarak penglihatan dalam air yang terhad akibat dasar laut berlumpur menyukarkan usaha mencari kotak hitam helikopter AW139 milik Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) yang mendarat cemas di Pulau Angsa pada 5 Mac lalu.

Ketua Pengarah Maritim Malaysia, Laksamana Maritim, Datuk Hamid Mohd Amin berkata, kesukaran itu dikongsikan seramai 21 penyelam penyelamat agensi berkenaan yang terlibat dalam fasa kedua pencarian kotak hitam helikopter tersebut.

Menurutnya, pencarian kali ini memfokuskan keluasan lokasi kotak hitam berkenaan antara 50 sehingga 100 meter radius berpandukan signal daripada ‘pinger’.

“Berdasarkan maklumat yang diperolehi daripada Pusat Hidrografi Nasional (PHN) Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), kotak hitam berkenaan dipercayai berada di sekitar 700 hingga 800 meter dari kawasan pendaratan cemas helikopter tersebut.

“Bagaimanapun, kami positif akan menjumpai kotak hitam berkenaan dalam masa terdekat berdasarkan kedudukan terkini kotak tersebut dikesan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, selain penyelam penyelamat Maritim Malaysia, misi pencarian tersebut turut melibatkan kru sonar PHN TLDM, Biro Siasatan Kemalangan Udara (AAIB) dan pihak penyedia perkhidmatan pesawat Maritim Malaysia iaitu Galaxy (M) Sdn Bhd.

Fasa pertama pencarian kotak hitam pesawat berkenaan telah dilaksanakan bermula pada 6 Mac hingga 24 Mac lalu dengan lokasi tumpuan adalah di sekitar satu kilometer radius di kawasan helikopter terbabit melakukan pendaratan cemas.

Pada 5 Mac lalu, tersebar video tular dan foto mengenai sebuah pesawat terhempas ke laut, sebelum Hamid mengeluarkan kenyataan mengesahkan helikopter jenis AW 139 dengan nombor pendaftaran M72-01 milik APMM, melakukan pendaratan cemas di perairan Pulau Angsa.

Maklumat awal insiden menimpa pesawat yang dikendalikan Leftenan Komander Maritim Tengku Mohd Nizam Tengku Zakaria dan Leftenan Komander Maritim Mohamad Azrol Saidi bersama dua lagi kru itu, diterima menerusi panggilan MERS 999 oleh pemancing yang berada di sekitar lokasi kejadian.

Susulan itu, Operasi Mencari dan Menyelamat (Carilamat) telah diaktifkan oleh Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) dan Pusat Koordinasi Mencari dan Menyelamat (MRCC) Putrajaya pada jam 10.15 pagi.

Kesemua mangsa berjaya diselamatkan oleh nelayan tempatan, sebelum diterbangkan dengan pesawat AS 365 N3 ke Stesen Udara Maritim Subang. – 28 Mac, 2024

Topics

Hangat

Mamak restaurants’ group to sue TikTok user for defaming industry

The Malaysian Muslim Restaurant Owners’ Association (Presma) will proceed with suing a TikTok user for making defamatory claims about food preparation and cleanliness at mamak restaurants.

[UPDATED] Desperate, doomed move: Lokman Adam claims Daim, Dr Mahathir behind Langkah Dubai  

Langkah Dubai, a move by the opposition to topple Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim’s administration, is allegedly masterminded by former prime minister Tun Dr Mahathir Mohamad and his right-hand man Tun Daim Zainuddin.

Rape allegations at centre of preacher Zamri Vinoth’s defamation trial

Witness for defence claims in her testimony that preacher had raped her at his Rahang home in 2018

Related